KONSULTASI DAN PENGURUSAN DOKUMEN PENDIDIKAN TINGGI - IJAZAH SARJANA MUDA - Sesi 1
23 September - #TeamG2 memulakan sesi konsultasi dan pengurusan dokumen bakal pelajar yang akan melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda di universiti awam setelah keputusan calon jaya dikeluarkan oleh Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).
Sesi ini dijangka berlangsung dalam 4 atau 5 slot selama 3 hari.
Ia dibahagian kepada 3 komponen pengurusan yang utama, iaitu : Dokumen ke Universiti, dokumen bantuan pendaftaran dan dokumen pembiayaan sepanjang tempoh pengajian.
Sejak lebih 15 tahun dahulu, #TeamG2 melaksanakan kesukarelaan pendidikan untuk pengajian tinggi ini tanpa terputus. Ia adalah sebahagian mekanisme perlindungan masa hadapan untuk pembinaan genarasi.
Sesi akan bersambung petang dan malam ini, juga esok.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)