PETUGAS DAN SUKARELAWAN PPV YAYASAN JALANI UJIAN, BEBAS COVID - 19
PPV TAMAN YAYASAN, 9 September 2021 - Semua petugas dan sukarelawan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Muafakat, Taman Yayasan pagi ini telah menjalani ujian pengesanan COVID - 19 menerusi kaedah Deep Throat Saliva Test.
Ia melibatkan hampir 90 orang yang bertugas dan bersukarelawan di PPV berkenaan terdiri dari pelbagai Jabatan / Agensi Kerajaan mahupun kumpulan MyVAC dan Southern Volunteers.
Semua mereka adalah negatif COVID - 19.
Pengesanan berkala ini dilakukan dalam usaha untuk memastikan semua petugas dan sukarelawan adalah bebas dari COVID - 19 kerana mereka berurusan dengan ribuan orang setiap hari.
Terima kasih Dr Azizi selaku Ketua PPV Taman Yayasan dan Ketua Jururawat, Puan Azalina. Juga terima kasih kepada Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Segamat dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
#LindungDiriLindungSemua
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)