PENGESAHAN DOKUMEN UNIVERSITI, BANTUAN PENDAFTARAN DAN PEMBIAYAAN PENGAJIAN
KONSULTASI DAN PENGURUSAN DOKUMEN PENDIDIKAN TINGGI IJAZAH SARJANA MUDA - 2021/22
Sesi 4 : Sabtu, 25 September 2021, 08.00 - 11.30 malam
25 September 2021 - Sesi terakhir di dalam Konsultasi dan Pengurusan Dokumen Pendidikan Tinggi - Ijazah Sarjana Muda 2021 / 22 merupakan Sesi Pengesahan Dokumen. Ia meliputi 3 dokumen asas iaitu : Dokumen Universiti, Dokumen Bantuan Pendaftaran dan Dokumen Pembiayaan Pengajian.
Secara keseluruhan, sebanyak 4 sesi selama 3 hari secara intensif telah dijalankan khusus membantu bakal mahasiswa yang akan memulakan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda.
Untuk kali ini, dokumen 11 orang bakal mahasiswa telah disahkan oleh Encik Raziman Joraimi, anak Felda Pemanis Dua yang merupakan salah seorang Mentor dari #TeamG2. Beliau merupakan Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) di Cawangan Dasar Perburuhan, Bahagian Dasar, Kementerian Sumber Manusia. Terima kasih diucapkan kepada Encik Raziman atas khidmat yang diberikan.
Dokumen - dokumen bantuan Kerajaan Johor menerusi Yayasan Pelajaran Johor (YPJ) dan Perbadanan Islam Johor (PIJ) akan dihantar secara pos. Manakala dokumen - dokumen universiti dan lain - lain akan diselesaikan secara dalam talian.
Untuk imbasan rekod, ini adalah pautan sesi - sesi sebelum ini :
Sesi 1 : Khamis, 23 September 2021, 08.30 - 11.30 malam
Sesi 2 : Jumaat, 24 September 2021, 02.00 - 05.30 petang
Sesi 3 : Jumaat, 24 September 2021, 08.30 - 11.30 malam
Pautan : https://www.facebook.com/media/set/?vanity=beliag2pemanis&set=a.4617875694901208
Sejak lebih 15 tahun dahulu, #TeamG2 melaksanakan kesukarelaan pendidikan untuk pengajian tinggi ini tanpa terputus. Ia adalah sebahagian mekanisme perlindungan masa hadapan untuk pembinaan generasi.
Selamat maju jaya semua. Pembinaan generasi adalah dengan membina asas pendidikan yang kukuh untuk semua.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)