KONSULTASI DAN PENGURUSAN DOKUMEN PENDIDIKAN TINGGI - IJAZAH SARJANA MUDA
Sesi 3 : Jumaat, 24 September 2021, 08.00 - 11.30 malam
23 September - #TeamG2 meneruskan sesi konsultasi dan pengurusan dokumen bakal pelajar yang akan melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda di universiti awam setelah keputusan calon jaya dikeluarkan oleh Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).
Sesi ini dijangka berlangsung dalam 4 atau 5 slot selama 3 hari.
Ia dibahagian kepada 3 komponen pengurusan yang utama, iaitu : Dokumen ke Universiti, dokumen bantuan pendaftaran dan dokumen pembiayaan sepanjang tempoh pengajian.
Sejak lebih 15 tahun dahulu, #TeamG2 melaksanakan kesukarelaan pendidikan untuk pengajian tinggi ini tanpa terputus. Ia adalah sebahagian mekanisme perlindungan masa hadapan untuk pembinaan generasi.
Sesi akan bersambung pada malam ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)