#VaksinDalamBas - GEMAS BARU, 15 September - Seramai lima orang dari Pasukan Sukarelawan #TeamG2, di mana 2 orang dari projek MyVAC, 2 orang pasukan MOVAK dan seorang penyelaras telah membantu perjalanan Program Mobilisasi Vaksin Komuniti (MOVAK) di Dewan Serbaguna, Gemas Baru.
MOVAK merupakan satu inisiatif untuk menyokong Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) di bawah Kementerian Perpaduan Negara dan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
Menerusi MOVAK, terdapat 3 unit utama iaitu Unit Panggilan, Unit Mobilisasi dan Unit Tindakan Komuniti.
Untuk dos kedua dari jenama Pfizer hari ini, 108 penerima vaksin dari sekitar taman, ladang dan estet sekitar Gemas Baru telah mendapat manfaat.
MOVAK digerakkan oleh sukarelawan dari Kawasan Rukun Tetangga dan dibantu oleh sukarelawan MyVAC dan Southern Volunteers. Di samping itu, pelbagai agensi dan jabatan Kerajaan juga turut sama membantu selain Kementerian Kesihatan Malaysia yang menjadi tulang belakang dalam proses pemberian suntikan vaksin COVID - 19 ini.
#MOVAK #MyVAC #SouthernVolunteers #VaksinDalamBas
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)