Sabtu, 18 September 2021

[864] Mobilisasi Vaksin Komuniti (MOVAK) : Felda Pemanis Dua - Dos 2

Program Mobilisasi Vaksin Komuniti (MOVAK) : Felda Pemanis Dua - Dos Kedua

#VaksinDalamBas - FELDA PEMANIS DUA, 18 September - Seramai lapan orang dari Pasukan Sukarelawan #TeamG2, di mana 5 orang dari projek MyVAC telah membantu perjalanan Program Mobilisasi Vaksin Komuniti (MOVAK) di Dewan Semai Bakti, Felda Pemanis Dua hari ini.

MOVAK merupakan satu inisiatif untuk menyokong Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) di bawah Kementerian Perpaduan Negara dan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.



Untuk dos kedua dari jenama Pfizer hari ini, lebih 300 penerima vaksin dari sekitar Felda Pemanis Satu, Felda Pemanis Dua, Felda Palong Timur, Felda Selancar, Kg Bangas, Kg Sekijang dan penempatan sekitar telah mendapat manfaat.










































































































MOVAK digerakkan oleh sukarelawan dari Kawasan Rukun Tetangga dan dibantu oleh sukarelawan MyVAC dan Southern Volunteers. Di samping itu, pelbagai agensi dan jabatan Kerajaan juga turut sama membantu selain Kementerian Kesihatan Malaysia yang menjadi tulang belakang dalam proses pemberian suntikan vaksin COVID - 19 ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...