Rabu, 15 September 2021

[860] Mobilisasi Vaksin Komuniti (MOVAK) - Kg Balai Badang : Dos Kedua

 #VaksinDalamBas - Program Mobilisasi Vaksin Komuniti (MOVAK) : Kg Balai Badang - Dos Kedua

KG BALAI BADANG, 15 September  - Seramai enam orang dari Pasukan Sukarelawan #TeamG2, di mana 2 orang dari projek MyVAC, 2  orang dari MOVAK dan 2 orang sukarelawan bebas telah membantu perjalanan Program Mobilisasi Vaksin Komuniti (MOVAK) di Dewan Serbaguna, Kg Balai Badang, Buloh Kasap.

MOVAK merupakan satu inisiatif untuk menyokong Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) di bawah Kementerian Perpaduan Negara dan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.















































Menerusi MOVAK, terdapat 3 unit utama iaitu Unit Panggilan, Unit Mobilisasi dan Unit Tindakan Komuniti.

Untuk dos kedua  dari jenama Pfizer hari ini, seramai 222 orang penerima vaksin dari sekitar Kg Balai Badang, Kg Spang Loi, Kg Orang Asli Puting, Kg Padang Terap, Kg Mensudut Pindah, Kg Mensudut Lama dan Kg Lubuk Kepong telah mendapat manfaat.

MOVAK digerakkan oleh sukarelawan dari Kawasan Rukun Tetangga dan dibantu oleh sukarelawan MyVAC dan Southern Volunteers. Di samping itu, pelbagai agensi dan jabatan Kerajaan juga turut sama membantu selain Kementerian Kesihatan Malaysia yang menjadi tulang belakang dalam proses pemberian suntikan vaksin COVID - 19 ini.

#MOVAK #MyVAC #SouthernVolunteers #VaksinDalamBas


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...