PENGESAHAN YB ADUN UNTUK 11 SET BORANG BANTUAN PENDAFTARAN UNIVERSITI
26 September 2021 - Terima kasih diucapkan kepada YB Dr Chong Fat Full (Tangkak Chong), Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Perdagangan dan Hal Ehwal Kerajaan Pengguna Negeri Johor merangkap ADUN Pemanis yang telah menandatangani persetujuan layak diberikan sumbangan Kerajaan Johor menerusi Skim Bantuan Pendaftaran (SBP) Yayasan Pelajaran Johor (YPJ) untuk bakal mahasiswa Ijazah Sarjana Muda.
Di samping itu, juga memaklumkan kepada YB selain dari borang SBP YPJ ini, juga dimajukan adalah borang Bantuan Pendaftaran menerusi Perbadanan Islam Johor (PIJ).
Sebelum itu, selama 3 hari, telah diadakan 4 sesi konsultasi secara kumpulan kecil untuk semua bakal mahasiswa ini. Mereka menyempurnakan semua dokumen dan urusan melibatkan pendaftaran dan bantuan pendaftaran. Salinan dokumen - dokumen ini juga telah disahkan oleh Encik Raziman Joraimi, Pegawai Tadbir dan Diplomatik di Kementerian Sumber Manusia.
Semoga dengan serba sedikit bantuan dari Kerajaan Negeri Johor ini akan dapat memberikan kelegaan tekanan beban ekonomi kepada semua bakal mahasiswa yang akan mendaftar Semester Pertama Tahun Pertama di pelbagai Universiti Awam nanti.
Juga semoga semua mereka menjadi #BungaBangsa yang mekarnya mengharum seluruh jagat raya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)