Rabu, 22 September 2021

[869] Program Vaksinasi Remaja - SMK LKTP Pemanis

TAMAN YAYASAN, 21 September - Seramai 67 orang pelajar, mengikut senarai, dari SMK LKTP Pemanis telah menerima dos pertama suntikan vaksin COVID - 19 petang ini di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Muafakat, Taman Yayasan, Segamat.

Mereka merupakan anak - anak kelahiran 2004 dan 2005, berumur 16 dan 17 tahun.

Ia adalah selaras dengan peralihan fasa suntikan untuk rakyat Malaysia yang kini sedang dalam fasa PICK A (Program Immunisasi COVID - 19 Kebangsaan : Remaja) menerusi Program Vaksinasi Remaja.


Para remaja ini menerima suntikan vaksin jenama Comirnaty dikeluarkan oleh syarikat Pfizer - BioNTech, sebagaimana diluluskan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk yang berumur 12 - 17 tahun. Semua remaja berumur 16 dn 17 tahun, termasuk di Segamat, sedang dalam proses menerima suntikan vaksin dos pertama. Tidak terkecuali giliran petang ini adalah remaja dari SMK LKTP Pemanis. Nama - nama mereka diselaraskan oleh Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Segamat menerusi sekolah masing - masing.
































































































































Esok pula, beberapa remaja Felda Pemanis yang bersekolah di luar daerah Segamat akan menerima suntikan vaksin ini pula. Para petugas pelabagai Jabatan dan Agensi Kerajaan termasuk kumpulan sukarelawan anak muda MyVAC dan Southern Volunteers telah membantu bagi memastikan perjalanan keseluruhan program petang ini sempurna. Diterbitkan oleh : Persatuan Belia G2 Felda Pemanis

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...