Jumaat, 17 September 2021

[862] Mobilisasi Vaksin Komuniti (MOVAK) : Felda Palong Timur - Dos 2

#VaksinDalamBas - Program Mobilisasi Vaksin Komuniti (MOVAK) : Felda Palong Timur 2  - Dos Pertama dan Dos Kedua 

FELDA PALONG TIMUR 2, 16 September - Seramai enam orang dari Pasukan Sukarelawan #TeamG2, di mana 2 orang dari projek MyVAC, 2 orang dari projek MOVAK dan 2 orang sukarelawan bebas telah membantu perjalanan Program Mobilisasi Vaksin Komuniti (MOVAK) di Balai Raya Felda Palong Timur 2.

MOVAK merupakan  satu inisiatif untuk menyokong Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) di bawah Kementerian Perpaduan Negara dan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Menerusi MOVAK, terdapat 3 unit utama iaitu  Unit Panggilan, Unit Mobilisasi dan Unit Tindakan Komuniti.

Untuk dos kedua dari jenama Pfizer hari ini, lebih 400 penerima vaksin dari sekitar Felda Palong Timur telah mendapat manfaat. Manakala 100 penerima dos pertama juga telah diberikan.































































































































MOVAK digerakkan oleh sukarelawan dari Kawasan Rukun Tetangga dan dibantu oleh sukarelawan MyVAC dan Southern Volunteers. Di samping itu, pelbagai agensi dan jabatan Kerajaan juga turut sama membantu selain Kementerian Kesihatan Malaysia yang menjadi tulang belakang dalam proses pemberian suntikan vaksin COVID - 19 ini.

#MOVAK #MyVAC #SouthernVolunteers

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...