KONSULTASI DAN PENGURUSAN DOKUMEN PENDIDIKAN TINGGI - IJAZAH SARJANA MUDA
Sesi 2 : Jumaat, 24 Sept 2021, 2.00 - 5.30 petang
24 September - #TeamG2 membantu Biro Pendidikan dan Pengajian Tinggi UMNO Bahagian Sekijang di dalam sesi konsultasi dan pengurusan dokumen bakal pelajar yang akan melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda di universiti awam setelah keputusan calon jaya dikeluarkan oleh Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).
Sesi ini dijangka berlangsung dalam 4 atau 5 slot selama 3 hari. Sesi 2 ini terbuka kepada semua.
Ia dibahagian kepada 3 komponen pengurusan yang utama, iaitu : Dokumen ke Universiti, dokumen bantuan pendaftaran dan dokumen pembiayaan sepanjang tempoh pengajian.
Ia adalah sebahagian mekanisme perlindungan masa hadapan untuk pembinaan generasi.
Sesi akan bersambung malam ini untuk kumpulan lain pula.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)