Ahad, 9 Julai 2017

[245] 13 / 20 : Aku Budak #MatrikDiHatiku - Pelbagai Dugaan di Matrikulasi

Azhari boleh dihubungi menerusi laman sosial FacebookInstagram atau email beliau azhariganteng43@gmail.com




13/ 20
Aku Budak #MatrikDiHatiku
Pelbagai Dugaan Di Matrikulasi

oleh Azhari Imran



Dalam episod ini, aku nak bercerita dugaan yang menimpa aku semasa di matrikulasi. Terdapat tiga aspek dugaan yang aku nak cerita iaitu :

Ø  Gangguan

Bila bercakap pasal gangguan kan, biasa la kan kita duduk di asrama. Mana-mana asrama pun ada kisah tersendiri. So dekat KMJ ni, aku pun ada cerita aku. Jangan disangka bulan puasa tiada “dia”. Aku mula-mula pun tak percaya apa yang terjadi. Tapi tu la, benda dah jadi. Sejak kecil lagi, keluarga aku dah tau yang aku ni lemah semangat. Apa yang kita boleh buat, redha je la. Sebenarnya, bila kita mengambil langkah berjaga-jaga dengan membawa segala barang seperti lada hitam,bawang putih semua tu, ia akan mengancam “mereka” seterusnya membuatkan “mereka” marah dan lagi besar kemungkinan “mereka” akan mengganggu kita. Jadi, apa yang sepatutnya kita bole buat hanyalah bertawakkal kepada Allah dengan solat lima waktu dan sentiasa membaca Al-Quran.

Ø  Palau
Memang banyak dugaan ...
Gambar dari Instagram Azhari
Pada tahun pertama aku memasuki KMJ, hanya aku seorang sahaja yang dari Felda Pemanis sedang rakan-rakan lain mengejar asasi dan diploma. Aku tekad untuk hadapi seorang diri tanpa rakan-rakan sekampung di KMJ. Aku survive sendiri. Tetapi pada permulaannya aku dipalau kerana aku tidak cepat sesuaikan diri hidup berkawan dengan kawan baru. Bulan seterusnya bertambah baik apabila mereka sudah menerima aku setelah aku mengenali hati budi masing-masing.

Ø  Dengki

Pada tahun kedua aku di KMJ, junior di Felda Pemanis masuk ke KMJ. Salah seorangnya adalah gewe aku. Uhukkk. Rasa gembira tu macam nak gigit hujung bantal sampai terkoyak je. Hehehe. Yela sape yang tak suka bila dapat jumpa pasangan hari-hari kan? So itu la yang terjadi dari hari ke hari. Tanpa pengetahuan kami, ada yang melaporkan perbuatan “dating” kami itu kepada rakan sekelas aku yang juga merupakan ahli JAPPIM. Kan episode sebelum ni aku dah maklumkan yang JAPPIM akan menegah gejala “dating” ni. Jadi, sejak itu, aku dan dia kurang berjumpa dan hanya berjumpa jika ada perkara penting sahaja.
  
Dengki yang lain pula adalah kita juga perlu mewujudkan perasaan dengki dengan rakan-rakan yang berjaya. Dengki di sini bukan untuk menjatuhkan rakan itu, tetapi kita mendengki untuk jadikan ianya satu cabaran supaya kita sama-sama berjaya dengan rakan lain.


Bersambung ke Episod 14

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...