Isnin, 11 November 2019

[429] Tauliah ARPRM Tahap Gangsa dan Perak 2019 - Fasa 2

MAJLIS PENTAULIAHAN ANUGERAH REMAJA PERDANA RAKAN MUDA TAHAP GANGSA DAN PERAK 2019 - FASA 2
SEGAMAT, 10 November 2019 - Seramai 44 orang peserta program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) menerusi Badan Operasi Persatuan Belia G2 Felda Pemanis yang merupakan pelajar SMK LKTP Pemanis telah ditauliahkan anugerah pada tahap Gangsa dan Perak. Ia melibatkan seramai 15 orang penerima Tahap Perak dan 29 orang Tahap Gangsa.
Majlis diadakan sempena perhimpunan bulanan kokurikulum sekolah berkenaan dan disempurnakan oleh Pegawai Belia dan Sukan Daerah Segamat, Encik Maizatul Asrul bin Mohd Yunus. Beliau juga telah menyampaikan anugerah untuk Tahap Gangsa. Anugerah bagi Tahap Perak pula telah disempurnakan oleh Pengetua, Puan Hajah Noor Azura Jefferi.
Turut hadir adalah Tuan Haji Sabtu Ibrahim (Yang DiPertua PIBG), Encik Armizam Abd Rahim (Ketua Mentor ARPRM) dan guru - guru sekolah.


Dalam ucapannya, Encik Maizatul melahirkan rasa bertuah kerana dapat berkunjung dan menemui belia remaja sekolah khususnya mereka yang melaksanakan ARPRM buat pertama kali semenjak 5 bulan beliau berkhidmat di daerah Segamat. Beliau juga menyampaikan pesanan agar remaja bijak dalam mengisi masa lapang, khususnya dengan melaksanakan aktiviti yang berfaedah menerusi program ARPRM ini.



Majlis turut memberikan penghargaan khas kepada 12 orang peserta ARPRM dari semua tahap yang melaksanakan penulisan Buku Rekod ARPRM di dalam Bahasa Inggeris. Ia telah disampaikan oleh Ketua Mentor Program.
Ini merupakan Fasa 2 dalam Pentauliahan ARPRM menerusi Badan Operasi G2. Terdahulu, menerusi Fasa 1 yang melibatkan pelajar bukan dari SMK LKTP Pemanis, majlis pentauliahan telah diadakan pada 26 Oktober lepas dan disempurnakan oleh Encik Shahrul Izwan A Rahman, Penolong Pengarah Sukan Prestasi Tinggi Sekolah, Sektor Pembangunan Bakat Murid, Jabatan Pendidikan Negeri Johor dan diadakan di Sekolah Kebangsaan LKTP Pemanis 1. Mereka yang menerima anugerah menerusi Fasa 1 ini merupakan pelajar dari Sekolah Berasrama Penuh, Maktab Rendah Sains MARA, sekolah berasrama yang lain dan belia lepasan sekolah.
Keseluruhannya, untuk sesi 2019, Persatuan Belia G2 Felda Pemanis melahirkan seramai 56 penerima ARPRM dengan pecahan 7 orang Tahap Emas (3 darinya adalah pelajar SMK LKTP Pemanis), 16 orang Tahap Perak dan 33 orang Tahap Gangsa.
Program APRRM ini adalah merupakan sebuah program antarabangsa yang dikenali di seluruh dunia sebagai The Duke of Edinburgh's International Award (DofE).

Anugerah Khas - Buku Rekod Dalam Bahasa Inggeris








Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda - Tahap Gangsa




















Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda - Tahap Perak













Pentauliahan Fasa 1 di sini : 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...