Bicara Pengerusi


Assalamualaikum,
Salam 1Belia, 1Malaysia.

Setelah ditubuhkan dan diluluskan oleh Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia, Kementerian Belia dan Sukan Malaysia pada 27 Oktober 2009, malah telah diluluskan pula Pindaan Perlembangaan yang di usulkan pada Mesyuarat Agung Tahunan 2010 dan diperakukan oleh ROY pada tahun yang sama, Persatuan Belia G2 telah mengorak langkah untuk terus ke hadapan dan telah melaksanakan pelbagai aktiviti untuk belia – belia di Felda Pemanis ini.

Penumpuan  terhadap corak dan kepelbagaian aktiviti bukan sahaja yang berasaskan kepada apa yang diminati oleh belia / remaja, tetapi apa yang dapat membentuk sahsiah dan pemikiran mereka.

Justeru, teras – teras penumpuan aktiviti adalah seperti berikut : Program Pembangunan Kepimpinan dan Pengurusan, Program Latihan dan Kejurulatihan, Program Agama dan Dakwah, Program Pendidikan dan Pemikiran Saintifik, Program Sosial dan Kemasyarakatan, Program Rakan Muda, Program Sukan, Program Rekreasi, Program Kebudayaan dan Program Ekonomi dan Keusahawanan.

Persatuan Belia G2 percaya kepada pembentukan komuniti belia / remaja yang berasaskan pembangunan holistik, menyeluruh dan tidak tertumpu kepada satu – satu bidang sahaja.

Sesuai dengan status sebagai sebuah Persatuan Belia, NGO dan Gerakan Sukarela, maka penglibatan atau partisipasi ahli yang digerakkan atas dasar sukarela dan tidak mempunyai apa – apa kepentingan ekonomi dan peribadi adalah penting.

Akhir kalam, saya mengucapkan terima kasih kepada semua Ahli Jawatankuasa, Sahabat dan mereka yang bersama – sama di dalam perjuangan ini sehingga membolehkan Persatuan Belia G2 Felda Pemanis bergerak secara sah di atas platform sebuah NGO Belia Sukarela. Setiap orang dalam Persatuan ini tidak dibayar gaji mahupun elaun walau sesen pun untuk menggerakkan organisasi ini.

Sekian, terima kasih


HANAFIE BIN HASIM
Pengerusi

# Sdra Hanafie Hasim boleh dihubungi menerusi Facebook beliau atau HP 019 - 7804651.



1 ulasan:

  1. Tahniah...
    Teruskan usaha.
    Sedih.. Kalaulah minda penduduk kampung saya seperti anda semua.... Kerp it up guys...

    BalasPadam

Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...