Isnin, 30 November 2020

[615] Rakan Muda Day Out Daerah Segamat

 BATU ANAM, 28 November - #TeamG2 telah berkesempatan menyampaikan sumbangan kepada warga emas di Rumah Orang Tua Batu Anam bersempena Program Rakan Muda Day Out Peringkat Daerah Segamat yang berlangsung pagi tadi. 

Di samping itu, #TeamG2 juga telah mengedarkan face mask dan terlibat sama di dalam aktiviti gotong - royong pembersihan sekitaran kediaman warga emas tersebut. Ini merupakan hari ke 11 dan lokasi ke 12 projek Edaran Face Mask dan Hand Sanitizer untuk komuniti Segamat. 


Program Rakan Muda Day Out adalah anjuran Pejabat Belia dan Sukan Saerah Segamat, Persatuan Belia Batu Anam dan Pertubuhan Belia Generasi Baru, Paya Pulai. Ia dilaksanakan oleh semua daerah menerusi peruntukan Kementerian Belia dan Sukan Malaysia. 























































Ia rasmikan oleh Penghulu Mukim Buloh Kasap pada sebelah tengah hari setelah semua kerja - kera sempurna dilakukan. #RakanMuda #DayOut

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...