Detik Penting

'Milestone' Persatuan Belia G2 Felda Pemanis
Berhubung pergerakan kepimpinan, komunikasi dan pengurusan Persatuan. TIDAK termasuk program dan aktiviti.

# Dikongsi sebagai penghayatan kepada generasi akan datang.


... setiap detik itu amat bermakna. Setiap perubahan yang berlaku itu perlu ada justifikasinya. Moga rahmat Allah mengisi ruang pada setiap perubahan itu. 


30 September 2009 : Facebook Belia Felda Pemanis dicipta dalam bulan Ramadhan. Memulakan jelajah media sosial sebagai alternatif baru medium komunikasi Generasi Y dan Z. Bersesuaian dengan perubahan zaman. Usia Facebook ini lebih tua hampir sebulan secara rasmi berbanding usia Persatuan. Rakan pertama menjadi ahli adalah Sdra Abdul Salihul Halim Wagiman. Unit Komunikasi, ICT dan Media Baru dengan ini juga ditubuhkan. Ia merupakan entiti tertua di dalam organisasi Persatuan Belia G2 Felda Pemanis.

27 Oktober 2009 : Menerima Sijil Pendaftaran (Nombor Pendaftaran : PPBM 5436 / 09) sebagai sebuah Pertubuhan Belia yang sah berdasarkan Akta 668 : Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007 daripada Pejabat Pendaftar Pertubuhan (ROY), Kementerian Belia dan Sukan Malaysia. Akta ini mewajibkan semua Pertubuhan Belia didaftarkan semula ataupun mendaftar baru Pertubuhan Belia. Ia kini sebuah entiti anak muda bawah 15 - 40 tahun yang sah diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia.

24 Januari 2010 : Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) kali Pertama (di bawah pendaftaran ROY). Diadakan dalam suasana berkabung sempena kemangkatan DYMM Sultan Johor, Almarhum Sultan Iskandar. AGM ini diadakan setelah Persatuan menerima Sijil Pendaftaran. Pembubaran AJK dilaksanakan bagi melantik kepimpinan baru. Sdra Hanafie Hasim kekal sebagai Pengerusi manakala Sdra Mohd Syawal Baharudin pula sebagai Naib Pengerusi. Pada ketika ini, hanya Sdri Ananurlela Abd Rahim sahaja satu - satunya AJK wanita. AGM juga  membuat enam (6) pindaan, antara lain berhubung Mesyuarat AJK, Tugas AJK dan Kourum AGM.

16 April 2010 : Surat permohonan menjadi Ahli Gabungan Majlis Belia Daerah Segamat dihantar secara rasmi dengan ditandatangani oleh Mohd Syawal Baharudin, Naib Pengerusi.  Cek bernilai RM 50 dilampirkan sebagai yuran masuk. Perlembagaan dan senarai Ahli Jawatankuasa dilampirkan sebagai menjadi ahli gabungan.

16 Jun 2010 : G2 Kini di Blog ... itulah entri pertama blog G2, menandakan bermulanya era pemblogan oleh Persatuan. Menambah cara komunikasi kepada semua.

23 Jun 2010 MBDS mengadakan mesyuarat bagi membincangkan permohonan bergabung ini. MBDS telah mengambil keputusan untuk menangguhkan permohonan Persatuan Belia G2 Felda Pemanis sehingga salah sebuah Persatuan Belia yang membantah kemasukan G2 sebagai ahli  gabungan menarik balik surat bantahan yang dikemukakan.

28 Jun 2010 MBDS dikatakan telah menghantar surat pemberitahuan menangguhkan penerimaan G2 di dalam gabungan MBDS menerusi sepucuk surat. Persatuan Belia G2 TIDAK menerima surat yang dikatakan tersebut.

01 Januari 2011 : Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) kali ke Dua. AGM kali ini juga membuat pindaan perlembagaan yang menyentuh mengenai pengurangan Yuran Tahunan dan Yuran Masuk Ahli. 

8 Januari 2011Persatuan Belia G2 menghantar sepucuk surat kepada MBDS untuk bertanyakan status permohonan bagi dijelaskan kepada semua ahli di dalam AGM akan datang.

13 Januari 2011 : Selamat Datang ke Twitter Persatuan Belia G2 Felda Pemanis! Itulah kicauan pertama menerusi Twitter G2. Bermula era di Twitter. Ia kemudian dipautkan ke Facebook Belia Felda Pemanis.

16 Januari 2011MBDS menjawab surat dengan menyatakan surat pemberitahuan telahpun dihantar pada 28 Jun 2010 lalu. MBDS melampirkan bersama surat jawapan dan salinan surat bantahan rasmi Persatuan yang membantah.

16 Februari 2011 : Fan Page atau Halaman Peminat Facebook Persatuan Belia G2 Felda Pemanis dicipta. Nama asalnya adalah 'Anak Muda Pemanis'. Pada mulanya, Persatuan gagal untuk mendapatkan hak menggunakan nama penuh Persatuan untuk halaman ini. Tetapi kemudian ia berjaya diperolehi dari Facebook pada awal tahun 2012.

23 Januari 2012 Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) kali ke Tiga. Tahun ini adalah tahun pemilihan. Sdra Hanafie Hasim kekal sebagai Pengerusi bagi penggal kedua. Naib Pengerusi pula disandang oleh Sdra Mohd Firuddin Rahmat. Bilangan AJK wanita meningkat kepada 3 orang iaitu Sdri Ananurlela Abd Rahim (kekal), Sdri Nurul Aniza Paiman dan Sdri Nurul Jannah M Noor (lantikan Pengerusi). Beberapa pindaan perlembagaan dicadangkan meliputi mewujudkan jawatan baru iaitu Setiausaha (Latihan) untuk bawah 18 tahun dan cadangan penangguhan AGM hingga tempoh 15 bulan apabila perlu. Namun begitu, cadangan ini akhirnya tidak diluluskan oleh ROY akibat beberapa masalah teknikal. Di dalam AGM yang dirasmikan oleh YB Datuk Haji Baharum Mohamed (Ahli Parlimen Sekijang) ini, kronologi G2 - MBDS dan semua dokumen - dokumen berkaitan dilampirkan untuk pengetahuan ahli di dalam Penyata Tahunan Persatuan.

27 April 2012 : Persatuan melancarkan saluran komunikasi video menerusi YouTube dengan nama G2 Pemanis YouTube. Beberapa koleksi 'pra sejarah' dan 'silam' kemudian diarkibkan menerusi laman perkongsian video ini. G2 mengorak langkah dengan aktif berkomunikasi menerusi video sebagai medium penyebaran program dan aktivitinya kepada umum. Ia juga sebagai medan percambahan daya kreativiti multimedia untuk ahlinya. Video Lawatan Kepimpinan dan Pertanian 2010 merupakan video pertama yang dimuatnaik ke dalam G2 Pemanis YouTube. Sehingga catatan ini dibuat, kira - kira enam bulan kemudian, terdapat hampir 100 video telah dimuatnaik. 

28 April 2012 : Sdra Hanafie Hasim selaku Pengerusi telah membuat Pra - Pelancaran G2 Pemanis YouTube. Saluran ini kemudiannya telah dibuka untuk tontonan awam. Komen pertama datangnya dari Sdra Fakhrul Razi Husin.

22 Mei 2012 : G2 melancarkan Sistem Pendaftaran dan Kemaskini Keahlian Online (Atas Talian) menggunakan aplikasi Google Docs. Sistem ini dipromosikan menerusi Laman Facebook Belia Felda Pemanis dan Laman Blog G2. Seramai 44 orang mendaftar atas talian pada dua bulan pertama ia dilancarkan.

8 Oktober 2012 : Blog G2 dengan wajah baru, versi 2.0 diusahakan dan diawamkan. Blog ini ditambah baik dengan menambah pelbagai menu berkaitan kepimpinan dan pengurusan. Malahan, catatan 'milestone' ini juga adalah sebahagian dari penambahan menerusi versi 2.0 ini.

27 Oktober 2012 : Ulang Tahun ke 3 (mengikut pendaftaran ROY) bagi Persatuan. Pada hari ini juga, video ke 100 disiarkan di laman TV G2 Pemanis Youtube iaitu video Ibadah Korban Perdana Parlimen Sekijang 2012. Laman perkongsian video awam ini juga mencatat rekod buat pertama kali mencecah 10,000 ribu tontonan dengan tontotan tertingggi pada hari ini, sejak genap enam bulan dilancarkan. (27 April - 27 Oktober)


4 November 2012 : Buat pertama kali, Sistem Pendaftaran Peserta Program Secara Online diperkenalkan untuk mendaftarkan peserta yang berminat mengikuti program. Program sulung yang mencatat sejarah di seluruh Gugusan Felda Pemanis ini adalah Program Kejohanan Badminton Tertutup U14 dan U16 Felda Pemanis. Borang secara online bagi kejohanan ini boleh di capai di sini. Sebanyak 16 bergu telah mendaftar secara online. Mereka (dalam gambar di bawah) adalah pelopor kepada penggunaan sistem ini di Felda Pemanis. Sistem ini kemudiannya akan diperluaskan untuk perlaksanaan program - program lain. Ia tanda dan komitmen Persatuan untuk menyokong (1) Penggunaan ICT dan Media Online secara meluas di kalangan komuniti (2) Pengurangan penggunaan kertas bagi memulihara alam sekitar (3) Penjimatan bajet pengurusan penganjuran program.





21 Mei 2013 Satu sejarah tercipta. Setelah hampir 9 tahun melaksanakan Program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARP RM) dengan menggunakan Badan Operasi Pejabat Belia dan Sukan Daerah Segamat, hari ini (23 Mei 2013 sebagaimana dinyatakan di dalam Sijil Tauliah) Persatuan Belia G2 Felda Pemanis menerima pengiktirafan tauliah sebagai Badan Operasi sendiri. Satu - satunya Persatuan Belia akar umbi (tunggal tanpa gabungan) keahlian sepenuhnya kaum Melayu dalam Daerah Segamat yang menerimanya. Dengan pentauliahan ini, G2 akan terus memperkasa dan komited terhadap pembangunan generasi muda bawah 25 tahun. Ini menambah lagi 'milestone' perjalanan G2 dalam merentas kepelbagaian. Terima kasih semua terutamanya kepada semua yang memulakan projek ARP RM ini pada tahun 2004 dahulu.




31 Ogos 2013 :Persatuan Belia G2 Felda Pemanis sungguh bertuah kerana menjadi sebahagian dari catatan sejarah ini. Tiga orang berjaya ke Puncak Ledang di tengah malam gelita : Khalid Abu Talib (Ketua), Muhd Salleh Zainal (Koresponden Media dan Unit ICT) dan Norfarihana Kamal. Manakala Ejaty Agel mengalami kecederaan dan berkhemah di pertengahan perjalanan iaitu di Kolam Gajah. Berbagai cabaran yang terpaksa ditempuh, namun semangat dan keyakinan mengatasi segalanya. Syabas dan Tahniah!


28 September 2013Persatuan Belia G2 Felda Pemanis menjadi penganjur bersama Jabatan Belia dan Sukan Johor dan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Segamat untuk julung - julung kali Pertandingan Inovasi Rakan Muda Negeri Johor 2013. Acara diadakan sempena Karnival Rakan Muda dan Jom Centre Perinkat Negeri Johor.Ia diadakan pada Sabtu, 28 September 2013 di Dataran Segamat. Terima kasih untuk semua yang menjayakan pertandingan. Tahniah untuk peserta yang memenangi inovasi edisi ini.





9 November 2013
Alhamdulillah, kami Persatuan Belia G2 Felda Pemanis memenangi Anugerah Badan Operasi Aktif Kategori Persatuan (NGO) untuk Program Remaja Perdana Rakan Muda Peringkat Negeri Johor 2013 pada Sabtu, 9 November 2013.  Terima kasih kepada Kerajaan Negeri Johor, Jabatan Belia dan Sukan Johor, Pejabat Belia dan Sukan Daerah Segamat, organisasi yang bekerjasama dengan kami dan paling bernilai untuk semua ahli - ahli Persatuan Belia G2 Felda Pemanis yang menjayakan Program Remaja Perdana Rakan Muda tahun 2013 dan tahun - tahun sebelumnya.







Ia telah diadakan di Dewan Bandaran, Bandar Penawar (KEJORA), Kota Tinggi dan disampaikan oleh Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Johor yang mewakili YB Exco Belia dan Sukan Kerajaan Johor. Pentauliahan bagi peserta Tahap Perak Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda seluruh Johor juga telah diadakan.

14 November 2013 PASUKAN Penyelidikan Saintifik 'dHolland as Natural Pesticides' memenangi pengiktirafan tertinggi Kerajaan Malaysia menerusi Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi. Menjadi penerima Anugerah Inovasi Negara 2013 (Kategori Sekolah). Majlis penyampaian anugerah di adakan di Kuala Lumpur Convention Centre. YB Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi menyampaikan anugerah. 


ANUGERAH INOVASI NEGARA diadakan sempena World Innovation Forum (WIF) dan National Innovation, Conference and Exhibition (NICE) oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi. Berlansung dari 12 - 14 November 2013 di Kuala Lumpur Convention Centre. Untuk AIN 2013, 4 kategori dipertandingkan dengan setiap kategori 10 finalis ke peringkat akhir kebangsaan. Dari Felda Pemanis, kumpulan adik - adik SMK Pemanis merupakan salah satu kumpulan di dalam Finalis Kategori Sekolah.



16 November 2013 : Rangkaian Saluran YouTube G2 mencatat rekod baru. Capaian melebihi 100,000 kali tontonan. Pada ketika itu dengan 280 klip video pelbagai program dan aktiviti dimuatnaik. Usaha - usaha giat dijalankan untuk mempromosi saluran ini.

1 Januari 2014 : INSTAGRAM G2 : Pada 2009, kami memulakan Blog dan Facebook. Kemudian, 2012 pula Twitter dan YouTube G2. Hari ini, 1 Januari 2014, Persatuan Belia G2 Felda Pemanis memulakan Instagram G2, perkongsian gambar dan video pendek secara santai. Ikuti kami di Instagram G2 menerusi ID : beliag2pemanis. Terima kasih kepada rakan - rakan yang telah mengikutinya.  Di sebelah adalah 'posting' pertama di dalam akaun Instagram G2. 


Februari dan Mac 2014PROGRAM PERTUKARAN BELIA ANTARABANGSA 2014 : Jadual yang dipaparkan merupakan tentatif  'Assessment Centre' / Kem Pemilihan bagi Program Pertukaran Belia Antarabangsa 2014 yang melibatkan Persatuan Belia G2 Felda Pemanis. Sebanyak tiga kumpulan (1, 2A/2B dan 3) melibatkan 15 orang. Pada 2012, G2 berpeluang juga untuk ke Kem Pemilihan ini, tetapi tidak dapat berbuat demikian kerana kekangan SC5 yang bertindih pada waktu yang sama.



27 April 2014: Media perkongsian dan komunikasi video rasmi Persatuan iaitu Saluran YouTube G2 menyambut ulang tahun kedua dengan fakta dan pencapaian seperti dipaparkan di bawah ini.




6 - 9 April dan 10 - 12 Julai 2014 :  Pertama kali G2 mengadakan jalinan kerjasama untuk mengadakan Bengkel Matematik Tambahan bersama Pusat Internet 1Malaysia Felda Pemanis Satu. Terima kasih kepada Pengurus PI1M Felda Pemanis Satu iaitu Encik Mohd Iftitah Ishak.



21 - 23 Ogos 2014 : Setelah bertahun - tahun ditinggalkan, G2 kembali memugar seni budaya zapin dengan terlaksananya Bengkel Asas Seni Tari Zapin. Ia dikendalikan oleh Mohd Firdaus Zanal Abidin (Penyelaras, Ketua Jurulatih), Nor Azreen Hasan dan Aziyana Jamal.






31 Ogos - 9 September 2014 : Sejarah sekali lagi tercipta. Buat kali kedua, G2 menerusi Exconya, Mohd Firdaus Zainal Abidin berjaya mendapat tempat di dalam Program Pertukaran Belia Antarabangsa - ASEAN India Student Exchange Programme yang berlangsung di Bengalore, Ahmedabad, Agra dan New Delhi, India. Ia antara pencapaian bersejarah dan bermakna untuk G2.




27 Ogos 2015: Melakar sejarah buat pertama kali mencapai dan ditauliahkan 
Tahap Emas Program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda Peringkat Kebangsaan pada Khamis,27 Ogos 2015 di The Everly Hotel, Putrajaya. Dianugerahkan oleh YB KJ, Menteri Belia dan Sukan. Pencapaian oleh Mohd Firdaus bin Zainal Abidin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...