Selasa, 31 Ogos 2021

[839] Webinar ARPRM Siri 5 - Penyampaian Sijil Penyertaan

 30 dan 31 Ogos 2021 - Seramai 23 orang ahli dari #TeamG2 telah menerima sijil dari Kementerian Belia dan Sukan Malaysia di atas penyertaan Webinar ARPRM Siri 5 - Life After Gold yang diadakan pada 30 Ogos lepas.

Pautan program di sini : https://www.facebook.com/media/set/?vanity=beliag2pemanis&set=a.4533785886643523

Hairul Asraf dan Khairul Izuan telah menyampaikan sijil - sijil berkenaan bagi pihak Persatuan. Ahli - ahli dan peserta ARPRM bukan sahaja sekitar Felda Pemanis, tetapi meliputi Kg Bangas, Buluh Kasap dan kawasan sekitarnya. Manakala bagi ahli yang berada di luar Segamat seperti di Putrajaya mahupun Johor Bahru, mereka mencetak sendiri sijil yang dikirim menerusi emel.






























Salah seorang peserta dari #TeamG2, Abdul Razak Abdul Rahim telah berjaya memenangi hadiah menerusi program tersebut.

Terima kasih Kementerian Belia dan Sukan Malaysia juga Pertubuhan Belia Emas Perdana Malaysia (MAGAA) di atas penganjuran program. Tahniah kepada semua yang telah menyertai program. Jumpa lagi pada Siri 6.

[838] MyVAC : Selasa, 31 Ogos 2021 (PPV Dewan Muafakat, Taman Yayasan)

MyVAC dan Southern Volunteer Daerah Segamat, Selasa, 31 Ogos 2021 | Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Muafakat, Taman Yayasan.

Sukarelawan MyVAC KBS - MOSTI - KPT  dan Southern Volunteer (SV) Segamat melaksanakan penugasan seperti biasa hari ini di stesyen - stesyen yang ditetapkan berdasarkan penggiliran. 

Terima kasih untuk semua sumbangan pada hari ini.  Tahniah kepada semua yang telah selamat menerima vaksin dos kedua seterusnya lengkap.



























Projek MyVAC sebagai teras sokongan pengurusan pemberian vaksin kini berjalan seluruh negara menyaksikan ribuan sukarelawan belia dimobilisasikan untuk tujuan itu. Ia adalah di bawah Program Immunisasi COVID - 19 Kebangsaan (PICK).

Manakala SV pula menjunjung titah DYAM Tunku Makhota Johor untuk anak muda memainkan peranan yang lebih besar dalam membendung penularan wabak COVID -19. Salah satu peranan yang dimainkan adalah dengan membantu program vaksinasi di setiap PPV daerah dalam negeri Johor.

#MyVAC #LindungDiriLindungSemua #KitaJagaKita #KitaBelumMenang #PICK #SouthernVolunteerSegamat #SouthernVolunteer #SV

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...