Sabtu, 30 September 2017

[270] Team Inovasi SMK Pemanis di Science to Action, UiTM Segamat

Sabtu, 30 September 2017 - Pasukan Inovasi SMK LKTP Pemanis telah dijemput menyertai Pertandingan Science to Action anjuran dan bertempat di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kampus Johor, Jementah, Segamat.

Team ini membawa projek Sink Water Filter (SIWAFI) menampilkan Irdina, Affif, Aliah dan Nora. Sebanyak 9 projek dari sekolah - sekolah dalam Daerah Segamat telah dipertandingkan dan Inovasi SMK Pemanis berjaya menduduki tempat ke - 3.

Hadiah - hadiah telah disampaikan oleh Tuan Rektor UiTM Segamat.

Terima kasih kepada semua :)













Sesi Penjurian






Lawatan Oleh Rektor UiTM Segamat



 


Majlis Penyampaian Hadiah









[269] Sesi Maklumbalas dan Penyampaian Hadiah Pertandingan Video Pendek - Tidak Pasti, Jangan Kongsi oleh SKMM

Sabtu, 29 September 2017 - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) hari ini hadir bagi menyampaiakan hadiah bagi Pertandingan Video Pendek #TidakPastiJanganKongsi yang telah diadakan seluruh negara pada bulan Julai lalu. Satu sesi maklumbalas berkenaan pertandingan tersebut juga telah dibuat sebelum penyampaian hadiah.





Johan Wilayah Selatan : Video Beras Plastik



Saguhati Wilayah Selatan : Video Fanta Haram




Team G2 memenangi Johan untuk Wilayah Selatan (dengan video Beras Plastik - Pengarah : Mizam Rahim, Pelakon : Azhari ImranNur Ashraffdan Nabil Akmal) dan satu lagi hadiah saguhati (video Fanta Haram - Pengarah : Mizam Rahim, Pelakon : Azhari ImranNur AshraffAdilah Saharidan AnNa SuRya Lulu). Hadiah disampaikan oleh Puan Norzakiah Othman dan Puan Fadlynna Ilyani Zulkari dari Ibu Pejabat SKMM Cyberjaya bertempat di Pusat Internet 1Malaysia Taman Yayasan.

Khamis, 28 September 2017

[270] TOT River Ranger Sempena Himpunan Muafakat Belia Johor 2017

Jabatan Pengairan dan Saliran Daerah Segamat (JPS) dengan kerjasama Majlis Belia Daerah Segamat (MBD) telah mengadakan TOT River Ranger sempena Himpunan Muafakat Belia Johor tempoh hari. Program telah berlangsung pada 23 dan 24 September 2017 bertempat di Lembangan Sungai Muar di Segamat, Taman Rekreasi Sungai Kapeh, Segamat.

Seramai 100 orang peserta telah mengambil bahagian. Dari jumlah itu, 50 orang adalah dari Persatuan Belia G2 Felda Pemanis yang merupakan para peserta Tahap Gangsa ARPRM manakala 50 orang lagi adalah para pelajar UTHM, Parit Raja, Batu Pahat.







Selama 2 hari 1 malam, para peserta telah didedahkan dengan teori, kesedaran, kepentingan dan amali penjagaan sungai dan sumber air. Beberapa aktiviti seperti amali pemantauan air sungai juga telah dijalankan.
















Majlis Perasmian Penutup dan Penyampaian Sijil telah disempurnakan oleh Tuan Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Johor mewakili YB Datuk Ayub Rahmat, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan dan Penerangan Kerajaan Negeri Johor.









Terima kasih kepada JPS, MBD, para peserta, urusetia, fasilitator dan ibu bapa (yang memberikan kebenaran) sehingga program ini berjaya dilaksanakan.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...