Rabu, 31 Mei 2023

[1,255] Lawatan Kerja Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

LAWATAN KERJA UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

SEGAMAT, 30 Mei - Persatuan Belia G2 Felda Pemanis hari ini menerima kunjungan pensyarah dan pegawai dari Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM).

Delegasi lima orang itu diketuai oleh Profesor Madya Dr Mustaffa Ibrahim dan disertai oleh Tuan Haji Shafry Salim (Penolong Pendaftar), Encik Musa, Encik Hadi dan Cik Shafika yang kesemuanya dari Pusat Kepimpinan dan Kompetensi universiti berkenaan.

Pertemuan selama 2 jam itu diadakan di Pejabat Belia dan Sukan Daerah Segamat dengan disertai oleh Encik Hasdi Ismail, Pegawai Unit Rakan Muda.

Pertemuan memfokus kepada perkongsian dan amalan terbaik untuk pengurusan Badan Operasi Program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM). 

Di samping itu, beberapa idea mengenai jalinan kerjasama program juga dicambahkan dalam usaha melahirkan mahasiswa universiti yang kompeten.

Terima kasih UTHM di atas kunjungan ini.

#BungaBangsa #ARPRM


















[1,254] Hari 9 Minggu 3 : Sukarelawan Liga Bola Sepak Segamat

SEGAMAT, 27 Mei - Penugasan sukarelawan ‘ballpicker’ Hari 8 Minggu 3 untuk Liga Bola Sepak Daerah Segamat 2023 Piala YB Datuk Zahari Sarip, ADUN Buloh Kasap.

Seramai 8 orang sukarelawan #TeamG2 bertugas hari ini di dua padang di Universiti Teknologi MARA. Mereka adalah Isyam, Ahmad Daniel, Haffizi Zaini,  Saliha, Amiruddin, Afiq, Isma dan Ramaddani.

Terima kasih diucapkan kepada semua sukarelawan hari ini.











[1,253] ARPRM Kohort 8 : Sesi Penilaian dan Refleksi Komponen

Sesi Semakan Buku Rekod dan Refleksi ARPRM Tahap Emas Kohort 8

Lima orang peserta program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) Tahap Emas (The Duke of Edinburgh’s International Award - Gold Level) telah menyempurnakan sebahagian sesi semakan dan refleksi mereka.

Alya menyempurnakan semakan dan refleksi komponen Jelajah Lasak, Razak (Khidmat Masyarakat), Leysa (Khidmat Masyarakat, Kemahiran dan Rekreasi Fizikal) Dayana (Khidmat Masyarakat dan Kemahiran) dan Fatin Firzanah (Khidmat Masyarakat).

Mereka perlu menyempurnakan 5 komponen yang diwajibkan. Komponen Khidmat Masyarakat, Kemahiran dan Rekreasi Fizikal memerlukan minima 12 bulan dan 60 jam aktiviti.

Selamat maju jaya kepada semua.

#ARPRM #GoldStandard #GoldJourney #TahapEmas





































LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...