Isnin, 30 Julai 2018

[325] Pertandingan Inovasi dan Rekacipta Sekolah Kluster Kecemerlangan Peringkat Negeri Johor 2018

Mengucapkan syabas dan tahniah kepada anak - anak junior #TeamInovasi SMK Pemanis yang berjaya merangkul dua Perak menerusi dua projek (Siwafi S7 dan SPC) di dalam Pertandingan Inovasi dan Rekacipta Sekolah Kluster Kecemerlangan Peringkat Negeri Johor di SMK Seri Kenangan. Tahniah untuk Irdinia, Zulfahmi, Ezrafiq Amirul dan Ahmad Daniel. Keseluruhan 19 projek menyertai pertandingan ini.

Siwafi 7 adalah alat penapis air di dalam sinki (Sink Water Filter) edisi ke 7 manakala SPC adalah tongkat serbanguna yang boleh dipakai oleh mereka yang memerlukan untuk berdiri dan berjalan.



PERSEDIAAN UNTUK PEMBENTANGAN



 


SESI PEMBENTANGAN







PENYAMPAIAN ANUGERAH




 Syabas dan tahniah kepada semua!

Sabtu, 28 Julai 2018

[324] Perkhemahan ARPRM SMK Palong Timur

#TeamSukarelawan G2 selesai memberikan khidmat untuk Perkhemahan ARPRM SMK Palong Timur di Taman Hutan Lagenda, Gunung Ledang. Seramai 9 orang fasilitator dan jurulatih dari G2 telah menggalas amanah untuk menggerakkan program tersebut bersama 2 orang pelajar praktikal UMS dan UPSI di Pejabat Belia dan Sukan Daerah Segamat. Turut bersama adalah Tuan Pengetua dan guru - guru SMK Palong Timur.

Seramai 59 orang pelajar sekolah terlibat dibahagikan kepada 6 kumpulan. Mereka telah menjalani pelbagai aktiviti antaranya ice breaking, kraf perkhemahan, memasak sendiri di dalam kumpulan, aktiviti air, berjalan malam, penghayatan alam, aktiviti di dalam kumpulan dan sebagainya.

Terima kasih kepada Pengetua, Tuan Haji Muzaffar Shah Ghazali Shah, guru - guru sekolah, Pejabat Belia dan Sukan Daerah Segamat dan terutamanya anak - anak sekolah SMK Palong Timur. Kepercayaan yang diberikan amatlah dihargai. #TeamFasi G2 berkhidmat secara sukarela demi pembangunan anak bangsa. Atas dedikasi menjayakan program, terima kasih diucapkan.

Semoga segala ilmu dan pengalaman dari #SekolahKehidupan ini dapat memberikan manfaat untuk semua.















PERSEDIAAN PROGRAM





SESI ICE BREAKING DAN PENGURUSAN PESERTA












ENERGIZER








AKTIVITI AIR











MENDIRIKAN KHEMAH DAN MEMASAK

























EKSPRESI ALAM











RUMUSAN DAN MAJLIS PENUTUP


 Terima kasih kepada semua :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...