Sabtu, 30 Ogos 2014

[106] Pentauliahan Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda G2 Kumpulan 2013

Pada Jumaat, 29 Ogos 2014, Persatuan Belia G2 Felda Pemanis telah mengadakan satu majlis ringkas secara dalaman untuk Pentauliahan Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARP RM) Tahap Gangsa dan Perak Kumpulan 2013. Untuk rekod, mereka ini telah sempurna dan layak ditauliahkan pada tahun 2013. Namun begitu, pada ketika itu, hanya peserta Tahap Perak sahaja yang menerima Sijil dan tidak mendapat Medal atau Pin. Peserta Tahap Perak ini ditauliahkan oleh Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor di Dewan Bandaran Penawar, Kota Tinggi. Manakala peserta Tahap Gangsa pula belum menerima pengiktirafan.

Justeru, selaku Badan Operasi ARP RM, Persatuan Belia G2 telah berusaha untuk menyelesaikan perkara ini bersama Puan Anne, Pegawai Rakan Muda, Unit Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda, Bahagian Pembangunan Rakan Muda, Kementerian Belia dan Sukan Malaysia. Hasilnya, Persatuan berjaya memperolehi Sijil, Medal dan Pin Pengiktirafan untuk diberikan kepada semua 51 orang peserta Tahap Gangsa dan 9 orang Tahap Perak.


Kerja - kerja pengurusan untuk majlis telah dibuat kemudiannya oleh Persatuan dan dibantu oleh peserta - peserta ARP RM itu sendiri. 

Dalam masa terdekat selepas memperolehi kesemua bahan pengiktirafan, Persatuan mengatur majlis ringkas secara dalaman untuk menyampaikannya. Majlis berlangsung jam 09.30 pagi 29 Ogos 2014 di Pusat Internet 1Malaysia Felda Pemanis Dua. Terima kasih kepada Encik Mohd Salleh Zainal, Penolong Pengurus PI1M Felda Pemanis Dua yang juga selaku penerima Tahap Perak ARP RM yang sudi memberikan kerjasama penggunaan tempat.

Majlis ringkas dalaman ini telah disempurnakan oleh dua orang iaitu Mentor ARP RM dan Naib Pengerusi G2 Sdra Mohd Syawal Baharudin. Sebahagian peserta telah hadir menerima sijil manakala yang lain mengambilnya kemudian secara peribadi. Ini kerana ada peserta yang telah menyambung pengajian pada peringkat yang lebih tinggi dan tidak dapat bercuti atau mempunyai halangan tertentu.

Berikut adalah senarai nama semua 51 orang peserta Tahap Gangsa dan 9 orang Tahap Perak yang layak menerima Sijil, Medal dan Pin Pengiktirafan ARP RM 2013. Medal pada kali ini amat berbeza 

Berikut adalah senarai nama melibatkan seramai 9 orang Tahap Perak dan 51 orang Tahap Gangsa yang layak mendapat pengiktirafan Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARP RM) bagi tahun 2013.



SENARAI LAYAK TAULIAH 2013
TAHAP PERAK


1. Mohamad Nur Ashraff bin Husin
2. Zainornatikah bt Abu Talib
3. Mohd Zul Azli bin Muji
4. Noorfazirah binti M Noor5. Muhammad Azuha bin Kamari
6. Mohd Hazizi bin Jemiran
7. Nazri bin Selamat
8. Muhammad Salleh bin Zainal
9. Mohd Firuddin bin Rahmat

SENARAI LAYAK TAULIAH 2013
TAHAP GANGSA


1. Ahmad Nur Hadi bin Mashod
2. Edy Mustaqim bin Muhamad
3. Suria bte Sipon
4. Nurain bte Shypul Azmi
5. Mohd Nabil Akmal bin Esa
6. Muhammad Zulhilmi bin Abd Rahman
7. Muhammad Yusri bin Sajat
8. Muhammad Azhari bin Imran
9. Sharifa Shazwani bte Zaini
10. Mohd Fakhrur Razi bin Othman
11. Khairul Azam bin Kamarudin
12. Mohd Nor Fikri bin Morazmizan
13. Muhammad Alif bin Wahid
14. Muhammad Fazrul Razzi bin Abdullah
15. Muhammad Nur Iman bin Abdullah
16. Mohamad Zawawi bin Maskam
17. Mohd Khairil Iqmal bin Hamzah
18. Badrul Halim bin Katimin
19. Ariesya Najiha binti Mat Jalani
20. Muhamad Faris Jazlan bin Mohd Jambri
21. Nurul Ika Naziera bte Suhairi
22. Nur Farish Idayu binti Mahmod
23. Nur Shahira bt Paiman
24. Nur Aishah Fatihah binti Mohd Nazri
25. Mohd Nor Fitri bin Hasim
26. Mohamad Hafizan bin Samah
27. Nur Hidayu bt Zainal Abidin
28. Nur Alina bte Mersari
29. Noradilah binti Sahari
30. Muhammad Qhairul Habibie bin Jamil
31. Mohd Zulkarnain bin Parsin
32. Mohd Azrul Azizi bin Mohd Johan
33. Mohd Lokman bin Ahmad
34. Mohd Rahimi bin Baharudin
35. Mohd Shafizam bin Abdullah
36. Mohd Nor Hafifuddin bin Abd Rahman
37. Mohd Faiz bin Rahmat
38. Amirul Hafizi bin Yunus
39. Mohd Haziq Najmi bin Jasmon
40. Muhammad Iswat Akmal bin Esa
41. Nurulamira binti Zulkifli
42. Muhamad Alif bin Ramli
43. Mohd Fahmi bin Dzulkifli
44. Mohd Haiqal Iqmal bin Mohd Johan
45. Amirul Izwan bin Bakhtiar
46. Muhamad Azrul Izzat bin Rusli
47. Mohahamad Aidil bin Hishar @ Azhar
48. Nursyafika bte Mohd Isa
49. Nur Zharifah As Syifa’ bte Daim
50. Shahrul Alif bin Katimin
51. Mohd Ameerul Fadzli bin Azmi

Semua gambar ada di Facebook Belia Felda Pemanis, klik di sini untuk ke album gambar.

Persatuan juga menyampaikan Anugerah Khas berikut :

Anugerah Buku Log (Diari) Terbaik 
Tahap Gangsa 
1. Mohd Zulkarnain Parsin
2. Mohd Yusri Sajat (Yusri Kuuci)
3. Ahmad Nur Hadi Mashod

Anugerah Buku Log (Diari) Terbaik 

Tahap Perak 
1. Mohd Hazizi Jemiran (Zizie Zyzod)
2. Mohd Firuddin Rahmat
3. Muhammad Salleh Zainal

Syabas diucapkan kepada semua penerima Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda dari Badan Operasi Persatuan Belia G2 Felda Pemanis. Diharap semua peserta dapat menyambung ke peringkat yang lebih tinggi sehingga ke Emas. Juga setinggi - tinggi terima kasih kepada semua barisan Jurulatih ARP RM yang meliputi empat komponen utama iaitu : Khidmat Masyarakat, Rekreasi Fizikal & Sukan, Kemahiran dan & Kebudayaan dan Pengembaraan & Penjelajahan Lasak. Terima kasih dan Tahniah semua! 


Catatan :
1. Kepada yang masih belum mendapat Sijil, Medal dan Pin, bolehlah berhubung dengan Mentor atau Urusetia Sekretariat ARP RM G2

2. Kami mengalu - alukan semua remaja 14 - 25 tahun untuk menyahut cabaran pembangunan holistik kendiri di dalam ARP RM. Berminat, sila hubungi Mentor, Urusetia ARP RM G2 atau mana - mana peserta / bekas peserta ARP RM G2. Anda dialu - alukan!


Owh, ini adalah posting beberapa peserta ARP RM G2 di pelbagai Media Sosial (Facebook, Instagram dan WeChat) berhubung perkara ini. Terima kasih :)




















Ahad, 24 Ogos 2014

[105] Bengkel Asas Seni Tari Zapin - Mengandungi Gambar dan 10 Klip Video

Memang sukar untuk melaksanakan sesuatu yang telah lama ditinggalkan. Dengan sokongan mereka yang pernah dilatih 10 tahun dahulu, ia menjadi nyata. Persatuan Belia G2 Felda Pemanis kembali memugar zapin menerusi Bengkel Asas Seni Tari Zapin. Memastikan bahawa seni budaya identiti negeri Johor ini terus dihidupkan dan dikembangkan dari generasi ke generasi.

Ia berlangsung dari Khamis - Sabtu, 21 - 23 Ogos 2014 di Dewan Semai Bakti, Felda Pemanis Dua. Sesi diadakan pada petang Khamis (3 jam), pagi dan petang Jumaat (7 jam) dan petang Sabtu (3 jam), menjadikan jumlah jam bengkel latihan adalah sebanyak 13 jam. 

Terima kasih kepada jurulatih zapin iaitu Firdaus Zainal Abidin (belajar di UMT), Nor Azreen Hasan (tamat Diploma dari UiTM) dan Aziayana Jamal (belajar di UiTM). Mereka adalah senior Kelab Zapin Seri Manis 2 di bawah Persatuan Belia G2 Felda Pemanis yang diusahakan 10 tahun dahulu oleh Allahyarham Cikgu Mohd Syahril Paiman. Firdaus selain bertindak sebagai Jurulatih, beliau juga adalah Penyelaras Program. Syabas buat adik - adik yang berjaya menamatkan bengkel. Semua peserta diajar asas tari zapin dengan penumpuan Zapin Kores untuk peserta lelaki dan Zapin Tanjung Labuh untuk peserta perempuan.




Dua gambar di atas (kira - kira 8 - 10 tahun dahulu) adalah kenangan awal melibatkan Firdaus, Azreen dan Yana ketika mereka berzapin. Kini, mereka menyumbang tenaga sebagai Jurulatih kepada adik - adik zapin junior. Syabas diucapkan!



Pada mulanya, 15 orang mendaftar untuk mengikuti bengkel ini. Pada hari pertama perlaksanaan, 12 orang melapor diri. Sehingga tamat dan dikurnikana Sijil Penyertaan, hanya 8 orang sahaja yang berjaya menamatkan latihan. Begitulah cabaran dan kesukaran untuk memugar dan melegasikan seni budaya, terutama zapin. Namun, Persatuan amat bersyukur kerana masih ada lagi anak - anak Melayu Johor yang berminat dengan seni tari zapin ini.

Majlis Penutup Ringkas dan Penyampaian Sijil telah diadakan pada jam 06.00 petang Sabtu dan disempurnakan oleh Sdra Mohd Syawal Baharudin, Naib Pengerusi Persatuan Belia G2 Felda Pemanis.

Insya Allah, pada masa akan datang, Kelab Zapin Seri Manis 2 di bawah Persatuan Belia G2 Felda Pemanis akan terus membangunkan dan mengembangkan zapin menerusi Bengkel Asas Seni Tari Zapin mahupun Bengkel Pemantapan Seni Tari Zapin. Masih ada beberapa orang lagi Jurulatih dari didikan Kelab Zapin Seri Manis 2 dahulu yang akan tampil menyumbangkan tenaga. Semoga dipermudahkan.







Gambar - gambar ada di pautan ini :

Manakala, berikut adalah 10 klip video program. Rasanya, boleh tamat belajar zapin dengan menonton 10 klip video ini :)














Isnin, 18 Ogos 2014

[104] Program Permentoran Matematik Teras Tingkatan 5 (SPM)



Pada Sabtu, 16 Ogos 2014 telah diadakan Program Permentoran Matematik untuk semua pelajar Tingkatan 5 SMK Pemanis yang bakal menghadapi SPM. Program ini adalah anjuran bersama Panatia Matematik SMK Pemanis dan Persatuan Belia G2 Felda Pemanis bertempat di SMK Pemanis. Ia dibahagikan kepada dua sesi iaitu Sesi 1 : 08.00 - 10.30 am dan Sesi 2 : 11.00 am - 1.30 t/hari.

Program telah dijayakan oleh seramai 12 orang fasilitator matematik, semuanya adalah anak - anak Felda Pemanis sama ada yang masih lagi belajar di IPTA mahupun yang telah tamat belajar. Terima kasih diucapkan kepada tenaga penggerak program ini iaitu : 


  1. Mohd Firdaus Haji Zainal Abidin (Sarjana Muda Sains Gunaan – Pemuliharaan dan Pengurusan Biodiversiti, UMT, Penyelaras Projek)
  2. Mohd Rashid Admon (Sarjana Muda Sains – Matematik, UTM, Ketua Fasilitator 1)
  3. Muhd Shukri Hasan (Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik, UTHM, Ketua Fasilitator 2)
  4. Ahmad Nur Hadi Mashod (Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik – Kuasa, UNITEN)
  5. Khairul Azhar Baharudin (Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan, UTeM)
  6. Mohd Zharfan Haji Daim (graduan Politeknik Ibrahim Sultan)
  7. Mohd Zulkarnain Parsin (Sarjana Muda Ekonomi, UM)
  8. Mohd Arifin Samad (Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan, UTeM)
  9. Nur Hidayah Zainal Abidin (Sarjana Muda Kejuruteraan Kimia Persekitaraan, UiTM Bukit Mertajam)
  10. Hatika Omar (Sarjana Muda Keusahawanan, UiTM)
  11. Zafirah Zainal Abidin (Graduan Sarjana Muda Perbankan Islam, UiTM, Segamat)
  12. Nurfarina Basri (Sarjana Muda Sistem Pejabat, UiTM Machang, Kelantan).


Persatuan Belia G2 Felda Pemanis juga merakamkan jutaan terima kasih buat guru – guru yang bersama di dalam program : Puan Hajah Siti Radziah (GPK Ko Kurikulum) dan Cikgu Norhayati Sulong (Guru Matematik).

Yang lebih penting adalah kumpulan sasaran, khusus buat adik - adik pelajar yang bakal menghadapi SPM, dengan doa dan harapan agar kejayaan mengiringi semua. 

Setiap usaha itu, walau sekecil mana sekalipun, pasti dikira oleh Allah. Kita berusaha, Allah mengaturnya. Terima kasih dan semoga kita berjumpa lagi.






Gambar - gambar, ada di Album Gambar Facebook Belia Felda Pemanis : Klik Di Sini untuk terus ke Album Gambar.

Manakala, berikut adalah 3 klip video yang sempat dirakam sebagai kenangan program.






Isnin, 11 Ogos 2014

[103] Bengkel Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda Tahap Emas Negeri Johor 2014


PADA 7 dan 8 Ogos 2014, telah berlangsung Bengkel Projek Penempatan Peserta Tahap Emas Program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda Tahap Emas Negeri Johor 2014. Program dua hari satu malam ini telah diadakan di Kompleks Rakan Muda Sukan Air dan Udara (KRMASAU), Desaru, Kota Tinggi. 

Ia dianjurkan oleh Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor. Persatuan Belia G2 Felda Pemanis (selaku Badan Operasi ARP Rakan Muda) untuk kali ini telah menghantar 3 orang peserta iaitu Mohd Firdaus Zainal, Abd Salihul Halim dan AZuha OutFeil. Segamat menghantar 5 orang, dua lagi adalah dari Badan Operasi ARP Persatuan Buddhist Segamat. Terima kasih untuk : Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor, Kementerian Belia dan Sukan Malaysia, Guru - Guru Unit ARP Sekolah - Sekolah Johor dan Pemimpin / Mentor Badan Operasi ARP (NGO / Persatuan) Johor.

Program telah dikendalikan oleh Puan Anne (Pegawai Rakan Muda, Unit ARP, Kementerian Belia dan Sukan Malaysia) dan Puan Hajah Supiarti (Pegawai Rakan Muda, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor)

Peserta telah dibahagikan kepada 4 kumpulan dan beberapa tugasan telah diberikan. Di akhirnya, sesi pembentangan kertas kerja projek dilakukan. Ulasan telah diberikan oleh rakan - rakan peserta, guru - guru, mentor ARP dan Pegawai - Pegawai KBS.

Gambar program, sila klik di sini : Bengkel ARP RM Emas Johor 2014



Manakala berikut pula adalah 5 video sepanjang bengkel diadakan.












LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...