Khamis, 14 Jun 2018

[320] Lentera Kasih 4.0 - Ramadhan 1439H / 2018M

32 KELUARGA DISANTUNI, LENTERA KASIH RAMADHAN MENUTUP TIRAI
SELASA, 12 JUN 2018, 27 RAMADHAN 1439H - Projek Lentera Kasih Ramadhan hari ini menutup tirai di Kg Orang Asli Segamat Kecil, Labis sempena Program Rakan Muda Ramadhan Daerah Segamat.

Hari ini, sebuah keluarga di Felda Pemanis Satu dan 5 keluarga di Kg Orang Asli Segamat Kecil telah disantuni menjadikan jumlah keseluruhan 32 keluarga sebanyak 4 siri diadakan. Turut bersama adalah Encik Ibrahim Bin Bujang dari Unit Rakan Muda, Pejabat Belia dan Sukan Daerah Segamat. Majlis berbuka puasa juga diadakan di perkampungan tersebut.
Projek Lentera Kasih (Sedekah dan Sumbangan) digerakan hasil sumbangan komuniti, individu dan ahli - ahli Persatuan Belia G2 Felda Pemanis. Ia diselaraskan oleh Encik Mizam Rahim dan Encik Md Firdaus ZA. Ia digerakkan oleh pasukan sukarelawan G2 dan ARPRM G2. Sepanjang 4 siri itu, lima penempatan dikunjungi : Felda Pemanis Satu, Felda Pemanis Dua, Kg Bangas, Kg Sekijang dan Kampung Orang Asli Segamat Kecil.




















Projek ini juga akan diteruskan pada bulan - bulan mendatang, berdasarkan keperluan dan sumbangan yang diperolehi. Semoga amal bakti kita dalam bulan Ramadhan ini mendapat keberkatan Allah.

Selamat Hari Raya Aidilfitri.
Semoga Raya mereka semeriah Raya kita.

Selasa, 12 Jun 2018

[319] Majlis Penyampaian Sijil Kennedy Lugar Youth Exchange and Study Kohort 2018


ISNIN, 11 JUN 2018 - Seramai 39 orang remaja kelahiran tahun 2000 yang telah selesai menimba pengalaman selama 6 bulan di Amerika Syarikat hari ini menerima sijil. Mereka adalah remaja yang mengikuti program Kennedy Lugar Youth and Exchange Study #KLYES #YES18, sebuah projek yang dibiayai oleh Kerajaan Amerika Syarikat. Majlis disempurnakan oleh Duta Besar Amerika Syarikat ke Malaysia, Ambassador Lakhdh.

Sepanjang 6 bulan, remaja ini akan bersekolah di Amerika Syarikat, tinggal bersama keluarga angkat dan menjalani pelbagai aktiviti sosio budaya yang lain. Di sekolah, remaja ini akan mendapat ilmu dan pengalaman pendidikan cara Amerika Syarikat dengan subjek pilihan masing - masing.


Nurul Asyikin binti Basri


Persatuan Belia G2 Felda Pemanis sungguh berbangga kerana salah seorang ahlinya, Syikin Basri yang dicalonkan dan diuruskan oleh G2 merupakan remaja yang mengikuti program itu. Syikin juga merupakan pelajar cemerlang SPM 2017 dengan 9A dan sempurna Tahap Emas di dalam Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda.






















Syabas dan tahniah kepada semua. Selamat kembali ke tanah air dan semoga ilmu, pengalaman dan kemahiran akan dikembangkan untuk pembinaan generasi Malaysia akan datang.

Gambar kredit dari Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur yang boleh didapati menerusi laman Flickr

#DariFeldaKeAmerika
Dari G2 Untuk Pentas Dunia

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...