Isnin, 25 April 2022

[1,009] Majlis Khatam Al - Quran 1443H

 #TeamG2 KHATAM AL - QURAN BERSAMA KOMUNITI

FELDA PEMANIS DUA, 23 April - Setelah selesai bacaan 30 juzuk Al - Quran oleh 40 aktivis #TeamG2, hari ini sebahagian mereka yang berkesempatan dan ada di Felda Pemanis telah menyempurnakan Khatam Al - Quran bersama komuniti. Ia dianjurkan oleh UMNO Bahagian Sekijang dengan kerjasama Jawatankuasa Tadbir Masjid Felda Pemanis Dua.

Seramai 6 orang mewakili mereka yang telah menyempurnakan bacaan dipilih untuk khatam Al Quran bersama JK UMNO Bahagian Sekijang dan JK Tadbir Masjid Felda Pemanis Dua.

Mereka ialah Mohd Fakhul Aiman, Mohd Shahrizan, Mohd Hafiz Ahmad, Ahmad Daniel Wari, Abdul Razak Abdul Rahim dan Mohd Hairizan.

Majlis telah disempurnakan oleh YB Tuan Haji Anuar Abdul Manap, ADUN Pemanis bagi pihak Datuk Dr Haji Baharum Mohamed. Beliau juga telah menyampaikan sijil kepada yang khatam Al Quran.








Program Ramadhan Dengan Al Quran berlansung dari 6 - 20 April lepas. Ia merupakan salah satu dari dua program yang dilaksanakan khusus untuk bulan Ramadhan selain dari projek Lentera Kasih 11. Klik sini : https://beliag2pemanis.blogspot.com/2022/04/1008-ramadhan-dengan-al-quran.html

Terima kasih kepada penganjur dan semua yang membantu. Terima kasih Datuk Dr Haji Baharum Mohamed dan YB Tuan Haji Anuar Abdul Manap. 

Tahniah untuk semua sukarelawan yang bersama dalam program Ramadhan Dengan Al - Quran.

#RamadhanDenganAlQuran #RamadhanKareem #RakanMudaRamadhan



































































LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...