Khamis, 30 Disember 2021

[965] Misi Pasca Bencana - Siri 2, 2021 / 2022 - Kg Chennah, Kenaboi

JELEBU, 29 Disember - Seramai 10 orang sukarelawan Persatuan Belia G2 Felda Pemanis telah bersama dalam Misi CSR Pasca Banjir Daerah Jelebu anjuran Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Sembilan, bertempat di Kg Chennah, Mukim Kenaboi, Jelebu, Negeri Sembilan.


Ini adalah Misi Pasca Bencana Siri ke 2 sesi 2021 / 2022 oleh #TeamG2.
Misi ini turut disertai dan mendapat sokongan Unit Penyelarasan Perlaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri, Unit Risikan Angkatan Tentera Malaysia, Persatuan Belia Dinamik Barat, pelbagai Jabatan / Agensi, NGO dan Syarikat.

Turut bersama adalah Datuk Ketua Pengarah MKN, Pengarah MKN Negeri Sembilan dan Pegawai Daerah Jelebu.

Sukarelawan telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk membersihkan tempat awam dan kediaman mangsa banjir yang amat teruk.
#TeamG2 telah diamanahkan bersama - sama beberapa NGO, Jabatan dan Agensi untuk membersihkan sebuah rumah yang menjadi terawal dilanda banjir sehingga mencecah ke bumbung dan amat teruk sekali.


















































































Program sehari ini sedikit sebanyak telah dapat membantu dan memberikan kelegaan kepada mangsa banjir dan kediaman mereka.

Tok Ketua Kampung Chennah dan Tok Penghulu Mukim Kenaboi telah menyampaikan sijil penghargaan kepada semua sukarelawan dari #TeamG2.

Tahniah kepada semua sukarelawan. Jumpa lagi dalam Misi Pasca Bencana akan datang.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...