Pencapaian

Berikut adalah serba sedikit pencapaian Persatuan, Exco dan Ahli - Ahli sepanjang berada dan bergerak bersama.

2009 
1. Sdra Shamsudin Sukor, salah seorang Exco, terpilih mewakili Malaysia di dalam APEC Voice of the Future di Singapura pada 9 - 15 November 2009.

2. Organisasi pertama di Felda Pemanis yang menghantar peserta untuk Kursus Asas Skuad Muda RELA, dihadiri oleh Sdra Raziman Joraimi.

3. Sdra Mohd Helmi Rohani dan Sdri Idayu Baharudin dipilih menerima Pingat Perak, Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda dari YB Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek pada Program Rakan Muda Felda Kebangsaan bertempat di Felda Pemanis Satu.

4. Kumpulan Zapin memenangi tempat ke - 3 dalam Pertandingan Tarian Tradisional di  Program Rakan Muda Felda Kebangsaan.

5. Sdri Ananurlela Abd Rahim memenangi Naib Johan, Pertandingan Congkak, Program Rakan Muda Felda Kebangsaan.

2010
1. Seramai 13 orang menerima Pingat Perak dan 22 orang menerima Pingat Gangsa di dalam Majlis Pentauliahan Pingat Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARP RM) Peringkat Negeri Johor.

2. Membantu Pejabat Belia dan Sukan diiktiraf sebagai Naib Johan, Badan Operasi Anugerah , Program Anugerah Remaja Perdana Negeri Johor.

3. Peserta Terbaik Bengkel Pengurusan CAT (Crime Awareness Team) Peringkat Kebangsaan di Universiti Putra Malaysia.

4. Pertama kali diberikan amanah penganjuran Futsal 1Belia 1Malaysia Peringkat Parlimen Sekijang dan ia berterusan untuk selama 3 tahun berturut.

5. Menubuhkan Kelab Bola Sepak FCG2.

6. Sdra Shamsudin Sukor, salah seorang Exco, dipilih sebagai Peserta Terbaik, Kursus Asas Skuad Muda RELA.

7. Memberi kain untuk baju Hari Raya Aidilfitri kepada lebih 80 orang aktivis belia.

8. Menerima Bantuan Perlaksanaan Program menerusi Permohonan Bantuan (PB), Kementerian Belia dan Sukan Malaysia untuk 3 program : Bengkel Masakan, Summer Camp dan Festival Marhaban dan Nasyid.

2011
1. Berjaya mengadakan Program Klinik Bola Sepak bersama Akademi Bola Sepak Felda, Kuantan. Sdra Muhd Hilmi Abd Rahman, salah seorang pemain FCG2, telah terpilih ke Akademi.

2.Salah satu NGO pada peringkat akar umbi (dan bukan gabungan) yang terpilih ke Forum Generasi Muda Kebangsaan di Awana Klana, Seremban.

3. Meneruskan pemberian kain untuk baju Hari Raya Aidilfitri kepada lebih 80 orang aktivis belia.

2012 
1. Ke Pemilihan Pemain Remaja Felda untuk menjalani latihan di Cardiff City.

2. Bekerjasama dengan SMK Pemanis bagi Projek Penyelidikan dan  Inovasi Sains yang berjaya menggondol banyak anugerah : Emas di UTM, Emas dan Perak dan SMK Datuk Penggawa Barat, Emas di Karnival Sains Negeri Johor, Perak dan Gangsa di UPM dan Emas di UiTM Segamat. Terpilih ke Citrawarna Inovasi UTP dan Pemilihan Intel ISEF 2013 di KL.

2013
1. Program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda : Seramai 9 orang Tahap Perak dan 51 orang Tahap Gangsa ditauliahkan.

2. Menerima Anugerah Badan Operasi (NGO) Aktif Program Remaja Perdana Rakan Muda Johor 2013 di Bandar Penawar, Kota Tinggi.

3.  Program Kerjasama Penyelidikan Saintifik dan Inovasi : Berjaya ke Festival Sains dan Kejuruteraan Kebangsaan (Intel ISEF Malaysia) dan memperolehi tempat ke - 5

4.  Program Kerjasama Penyelidikan Saintifik dan Inovasi : Menerima Anugerah Inovasi Negara bernilai RM 10,000 anjuran Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi di KLCC.

5.  Program Kerjasama Penyelidikan Saintifik dan Inovasi : Meneruskan program dengan pencapaian memberansangkan di Festival Sains dan Teknologi Daerah Segamat, Festival Sains dan Teknologi Negeri Johor, IID UiTM Segamat, MIExpo UPM, Inovasi Rakan Muda Negeri Johor dan NJOEI UTHM Batu Pahat.

5. Sebanyak 2 dari 3 Permohonan Bantuan Kerajaan Negeri Johor diluluskan oleh Jabatan Belia dan Sukan Johor.

6. Menerima tauliah dari Kementerian Belia dan Sukan Malaysia sebagai Badan Operasi Program Remaja Perdana Rakan Muda. Tauliah ini adalah untuk tempoh setahun dan perlu diperbaharui dengan sejumlah bayaran tertentu dan menghantar laporan program.


2014
1. Seramai 15 orang ahli G2 layak ke Kem Pemilihan (Assessment Centre) Program Pertukaran Belia Antarabangsa. Ahli G2 menghadirinya di 3 zon iaitu Zon Tengah (Bukir Kiara), Zon Selatan (Ayer Keroh) dan Zon Pantai Timur (Kuala Terengganu).

2. Buat kali kedua, G2 menerusi Exconya, Mohd Firdaus Zainal Abidin berjaya mendapat tempat di dalam Program Pertukaran Belia Antarabangsa - ASEAN India Student Exchange Programme yang berlangsung dari 31 Ogos - 9 September 2014 di Bengalore, Ahmedabad, Agra dan New Delhi, India. 

3. Anugerah Emas, Perbadanan Islam Johor (PIJ) untuk Program Terbaik - Summer Camp

4. Anugerah Pemimpin / Mentor Aktif, Program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda Peringkat Negeri Johor

2015
1. Berjaya mendapat tempat untuk Program Pertukaran Belia Antarabangsa - ASEAN India Student Exchange Programme yang berlangsung bermula 5 September 2015 menerusi Mohd Azhari Imran. Walaubagaimanapun, beliau tidak dapat pergi kerana terlibat MUET pada 7 September.

2. Memecah rekod sebagai organisasi pertama dalam Daerah Segamat yang melahirkan peserta layak Tauliah Emas, Program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda 2015 Peringkat Kebangsaan menerusi Mohd Firdaus bin Zainal Abidin. Majlis Pentauliahan pada Khamis, 27 Ogos 2015 disampaikan oleh YB KJ, Menteri Belia dan Sukan di The Everly Hotel, Putrajaya.

3. Mohd Hazizi Jemiran menjadi peserta pertama dari G2 yang berjaya ke Program Pelajaran Kapal Layar DiRaja (KLD) Tunas Samudera di bawah program kerjasama Kementerian Belia dan Sukan Malaysia dan Tentera Laut DiRaja Malaysia.

4. Hasil bimbingan Persatuan, Mohd Faiz Ahmad berjaya menjadi kumpulan pertama yang emndapat Biasiswa Johor Education Sponsorship Program (JESP), satu skim biasiswa dari JCorp - Kerajaan Negeri Johor. Biasiswa ini buat pertama kali diperkenalkan oleh JCorp.







Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...