Isnin, 26 Julai 2010

Bengkel Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (Penulisan Diari)

Alhamdullillah, telah selamat dan selesai berlansungnya Bengkel Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) - Penulisan Diari dan Laporan oleh peserta - peserta ARPRM dari Gugusan Felda Pemanis.

Bengkel ini telah dilaksanakan pada 24 Julai, 8 - 11 malam dan 25 Julai, 2 - 6 petang.

Semua peserta ARPRM telah berjaya menyiapkan penulisan diari dan laporan masing - masing, dibantu oleh Mentor dan Comentor. Kita tunggu pula majlis pentauliahan pingat ....

Sambutan Hari Peneroka Felda Pemanis Dua

Sekitar Sambutan Hari Peneroka Peringkat Felda Pemanis Dua yang telah berlansung pada 22 Julai 2010 yang lalu. Majlis telah selamat disempurnakan oleh YB Datuk Haji Baharum Mohamed, Ahli Parlimen Sekijang.

Pelbagai acara telah dijalankan. Pada majlis tersebut, YB Datuk telah menyampaikan hadiah kepada pemenang - pemenang.

Isnin, 5 Julai 2010

Kendarat Majlis Perkahwinan

BELIA @ KENDARAT MAJLIS : Sekitar kendarat majlis perkahwinan hujung minggu ini. Menerima tempahan utk majlis di Bukit Siput. Kepada sesiapa yg berhajat utk perkhidmatan kendarat majlis, bolehlah berhubung dengan Persatuan.



Ahad, 4 Julai 2010

Bola Itu Persahabatan - Belia G2 FC vs Rottor FC (Perlawanan 1 / 2010)



Seri 1 - 1 . Itulah keputusan apabila tamat perlawanan jam 07.10 pm td. Gol2 dijaringkn pd separuh masa kedua. Penjaring Rottor FC Nizan Hamirul Ligo , penjaring Belia G2 FC pula adlh Fairul Miswan. Pengadil separuh masa pertama Mohd Syawal Baharuddin, separuh masa kedua pula Mohd Iftitah Ishak.

Gambar2 sekitar perlawanan pertama dalam Perlawanan Persahabatan Pasukan Bawah 20 Tahun antara Belia G2 FC dan Rottor FC yg berakhir ptg tadi. Keputusan : Seri 1 - 1, penjaring gol seperti posting sebelum ini. Hujan renyai tidak menghalang perlawanan berlansung dlm keadaan lancar dan muhibbah. Terima kasih semua ... penaung, penasihat, pengurus, jurulatih, pengadil, penjaga garisan, penyokong, penonton, pembuat air, jurukamera, penjaga garisan, penyumbang dana dan semua terlibat sama ada secara lansung atau tidak. Terima kasih ...


(Lagi gambar untuk dilihat ada di Laman Facebook Belia Felda Pemanis pada alamat URL www.facebook.com/beliag2pemanis)






LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...