Selasa, 30 Mac 2021

[677] #SPM2020 : Menggapai Pendidikan Ketiga Siri 12 : Sesi 4

Sesi 4 : Pelajar lepasan #SPM2020 Kes - Kes Khas

ISNIN, 29 Mac - Beberapa kumpulan pelajar lepasan #SPM2020 melengkapkan permohonan menyambung pengajian menerusi Sesi 4 : Program Menggapai Pendidikan Ketiga - Siri 12. Ia dianjurkan oleh #TeamG2 bersama Unit Bimbingan dan Kaunseling SMK LKTP Pemanis untuk semua anak - anak Felda Pemanis secara percuma.


























Mereka melaksanakan pengisian untuk sistem permohonan matrikulasi dan IPG oleh Kementerian Pendidikan Malaysia, sistem UPU untuk Asasi, Diploma dan Sijil oleh Kementerian Pengajian Tinggi dan sistem TVET / UPIM / IPMA oleh Majlis Amanah Rakyat (MARA).
Bagi setiap sistem permohonan, ia dimulakan dengan sesi penerangan mengenai keperluan, pilihan yang ada dan bagaimana membuat keputusan.

Untuk sesi ini, ia tidak lagi menggunakan kaedah ‘single window single offer’ tetapi telah kembali dipisahkan sebagaimana pernah berlaku terdahulu.

Program memfokus kepada pelajar lepasan #SPM2020 dalam usaha memastikan mereka seramai mungkin ke pengajian tinggi di samping mengisi borang dan pilihan dengan betul.

#LifeAfterSPM #TeamG2 #KeranaKitaHamba

[676] Sekolah Politik 2.0 - Minggu ke 4

SEKOLAH POLITIK MINGGU 4 : PILIHANRAYA DAN GEOGRAFI POLITIK MALAYSIA

SABTU, 27 Mac 2021 - Sekolah Politik 2.0 minggu ke 4 berlangsung secara atas talian hari ini selama lebih 2 jam menerusi platform Zoom Meeting.

Ia anjuran Majlis Belia Malaysia (MBM) dan Pusat Kajian Pilihanraya dan Demokasi Universiti Malaya (UMcedel).









Topik minggu ini adalah Pilihanraya dan Geografi Politik Malaysia dengan menampilkan dua orang ahli panel dari UMcedel, iaitu Dr. Tawfik Yaakub (Pensyarah Kanan dan Penganalisis, Fakulti Pentadbiran dan Ekonomi Universiti Malaya) dan Prof. Madya Dr. Rosmadi Fauzi (Setiausaha UMcedel)

Mereka sememangnya berpengalaman luas dalam menghasilkan kajian serta mengupas topik berkenaan sistem demokrasi dan pilihan raya. 

#TeamG2 adalah sebahagian dari peserta untuk projek Sekolah Politik 2.0 ini yang berbaki 2 minggu sahaja lagi.

#MenggerakBelia
#NotTooYoungToRun
#SekolahPolitik

[675] Sukarelawan Daftar Vaksin COVID - 19 : Bukit Siput

 #TeamG2 TERUS SEDIAKAN SUKARELAWAN BANTU DAFTAR VAKSIN COVID - 19

BUKIT SIPUT, 27 Mac 2021 - Sukarelawan #TeamG2 hari ini membantu proses mendaftarkan mereka yang mahu menerima vaksin COVID - 19 di Dewan erbaguna Bukit Siput Fasa 2.
Program ‘Jom Daftar Vaksin’ itu adalah anjuran UMNO Bahagian Sekijang, JPKD DUN Kemelah dan Pertubuhan Kebajikan Prihatin Segamat.












































Seramai 41 orang terdiri dari wanita telah didaftarkan untuk menerima vaksin. Mereka ini    tidak mempunyai MySejahtera, tiada akses kepada sistem pendaftaran atau tidak tahu menggunakan sistem pendaftaran yang ada di dalam MySejahtera.

Dua orang sukarelawan iaitu Mustakim dan Kadem telah membantu mendaftarkan mereka semua. Ia dilaksanakan selama 3 jam bermula jam 8.30 pagi.

Program akan bersambung esok di lokasi yang sama. 

No one is safe untill everyone is safe.

#TeamG2 #Covid19 #LindungiDiri #LindungiSemua

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...