Isnin, 28 Disember 2020

[633] #TAG4Future - Refleksi, Penghargaan dan Penyampaian Sijil

SESI REFLEKSI DAN PENGHARGAAN BERSAMA SMK PALONG TIMUR 

PALONG TIMUR, 28 Disember - "Program - program pembangunan pelajar, terutamanya kumpulan yang bakal menghadapi peperiksaan, seharusnya dapat diteruskan pada masa - masa akan datang, terutamanya di SMK Palong Timur," demikian saranan yang dilontarkan oleh Tuan Abd Aziz Othman, Pengetua SMK Palong Timur hari ini. 

Beliau berkata demikian ketika sesi refleksi dan penyampaian sijil penghargaan dari #TeamG2 kepada sekolah berkenaan bertempat di Felda Palong Timur. 

"Untuk itu, sekolah juga bersedia untuk menjalinkan kerjasama dengan alumni sekolah pada masa akan datang," tambah beliau lagi. Tuan Abd Aziz sebelum ini merupakan Guru Penolong Kanan di SMK Gemereh sebelum bertukar dan menjawat jawatan Pengetua di SMK Palong Timur. 














Sementara itu menurut Pengurus Projek #TAG4Future, beliau telah menerangkan kepada Tuan Pengetua mengenai pelaksanaan program yang berlangsung selama 3 bulan dan berakhir November lepas. Faiz juga mengucapkan terima kasih di atas kerjasama sekolah dan menyampaikan sijil penghargaan kepada sekolah bagi pihak #TeamG2.

Terdahulu, para pelajar yang menyertai program selama 3 bulan berakhir November lalu telah menerima sijil masing - masing. Ia meliputi pelajar dua buah sekolah iaitu SMK LKTP Pemanis dan SMK Palong Timur.

Isnin, 21 Disember 2020

[632] Indeks Belia Malaysia 2020 - Kerja Lapangan : Bahagian Akhir

Kerja Lapangan Indeks Belia Malaysia 2020 - Bahagian 4 - Bahagian Akhir

SEGAMAT - Sebahagian dari gerak kerja lapangan Indeks Belia Malaysia (IBM) 2020 oleh enemurator #TeamG2.

Secara keseluruhan, #Team G2 seramai 7 orang termasuk seorang Penyelaras Daerah telah berkhidmat membantu negara bagi mendapatkan data - data pengukuran kualiti hidup dan kesejahteraan belia Malaysia menerusi kerja lapangan IBM 2020 ini.



















































Ia adalah projek Institut Penyelidikan dan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES), Kementerian Belia dan Sukan yang digerakkan ke seluruh negara.

Indeks Belia Malaysia tamat dan senja hasil kajian diserahkan kepada IYRES. Terima kasih semua yang telah bersama membantu menjayakan kajian ini.

#IBM2020

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...