Jumaat, 11 November 2016

[215] Majlis Pentauliahan ARPRM Tahap Perak Peringkat Negeri Johor 2016

JABATAN Belia dan Sukan Negeri Johor telah mengadakan Majlis Pentauliahan Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) - The Duke of Edinburgh's International Award (DofE) Tahap Perak Peringkat Negeri Johor pada Rabu, 09 November 2016. 



Ia berlangsung di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Johor dan disempurnakan oleh Tuan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor. Dari Persatuan Belia G2 Felda Pemanis, seramai 16 orang penerima Tahap Perak telah menerima anugerah setelah berjaya melepasi kesemua kriteria yang ditetapkan. 

Ini adalah senarai nama 16 orang dari G2 yang menerima ARPRM Tahap Perak.












G2 juga telah diberikan penghormatan untuk mengadakan pameran kecemerlangan ARPRM. Semua hasil kerja, rekod dan pencapaian G2 berkenaan ARPRM telah dipamerkan kepada awam. Ia mendapat sambutan yang amat memberangsangkan. Pengunjung amat tertarik dengan pencapaian 10 Emas G2 untuk negeri Johor tahun ini. 















Syabas dan tahniah kepada semua yang menerima anugerah pada hari ini. Teruskan perjuangan untuk memburu Emas pula. Terima kasih kepada semua pihak, terutamanya Jabatan Belia dan SUkan Negeri Johor yang telah banyak membantu G2 dalam menjayakan misi ARPRM.








LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...