Rabu, 16 Mei 2012

HARI GURU 2012 : Teks Ucapan Ketua Pengawas SMK LKTP Pemanis

Terima kasih Pengerusi Majlis,

Yang Berbahagia, Puan Masitah bte Yusuf, Pengetua SMK LKTP Pemanis
Semua Guru – Guru Penolong Kanan SMK Pemanis
Guru Cemerlang dan Guru – Guru,
Barisan Kepimpinan Pengawas, Ketua Tingkatan dan Kepimpinan Kelab – Kelab,
Dan rakan – rakan pelajar SMK Pemanis yang dikasihi sekelian.

Assalamualaikum wrm wbr dan Salam 1Malaysia,

16 Mei hadir lagi. Ia cukup signifikan di Malaysia ini. Suatu hari yang amat istimewa. Kita diperkenalkan tentang istimewanya hari ini semenjak berada di bangku Tabika lagi. Sehinggalah berada di puncak menara gading, dan sepanjang hayat kita, tarikh ini membawa sejuta erti yang mendalam untuk semua orang di Malaysia.

Tiada siapapun lahir di Malaysia ini tanpa mengerti bahawa 16 Mei punyai makna yang tersentuh. Walau apa pun pengakhiran seseorang itu menerusi sistem pendidikan negara, dia pasti tahu bahawa 16 Mei adalah hari yang patut diingati.

Dan kita semua hadir ke sini, termasuk pelajar dan sebahagian bekas pelajar, untuk meraikan tarikh keramat ini.

Selamat Hari Guru, Cikgu!

Benarlah apa yang Usman Awang nukilkan menerusi bait puisinya Guru Oh Guru :

Dialah pemberi paling setia,
Tiap akar ilmu miliknya,
Pelita dan lampu segala,
Untuk manusia sebelum menjadi dewasa.

Seseorang biasanya menghabiskan purata hidupnya selama 12 tahun dibangku persekolahan. Dari asal dungu membaca dan bengap mengira, tanpa mengenal bagaimanakah caranya pena dipegang, hingga akhirnya mampu memenangi bicara di makhkamah, berpuluh malah mungkin beratus guru telah mencurah bahagian masing – masing di dalam takungan akal kita.

Lantas Usman Awang juga menukilkan,

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.


Dikesempatan ini, saya juga menyeru agar rakan – rakan sekelian bukan sahaja mengenang kembali jasa dan pengorbanan guru – guru yang ada di hadapan kita sekarang, tetapi titipkanlah jua doa kepada guru – guru yang mula – mula kita temui di alam persekolahan. Yang mengajar kita mula membaca, menulis dan mengira. Yang mungkin telah pergi, yang mungkin hampir luput dalam kenangan kita.

Titipkanlah doa untuk mereka. Kirimkanlah salam dengan ucapan Selamat Hari Guru, Cikgu buat mereka. Layangkanlah SMS, buatlah panggilan telefon, paparkanlah ucapan dengan status di media sosial Facebook masing – masing, sebagai tanda penghargaan kita untuk mereka.

Cikgu – cikgu dan rakan pelajar sekelian,

Dengan tema “Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara”, ia tidak akan bermakna jika keinovatifan itu tidak mampu dicerna oleh kita smeua sebagai pelajar. Kita juga harus yakin dan mampu untuk menghadam, menterjemah dan mengasimilasikan pendekatan inovatif itu dalam kehidupan seharian.

Akhir bicara, sejuta doa untuk cikgu – cikgu semua. Selautan ampun dan maaf atas kedegilan kami semua. Sebanjaran pengharapan agar kehidupan cikgu – cikgu semua terus dirahmati Allah, sebagaimana di akhir nukilan puisi Usman Awang jua :-

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat

Selamat Hari Guru, Cikgu! Hidup mati kami tetap mengingatimu dalam titip doa dan sujud.

Sekian, wabillah ...

Jumaat, 4 Mei 2012

G2 RETREAT 2 @ CH : Jom Undi (LIKE) Potret Pilihan Anda!

G2 Retreat 2 @ CH : Jom undi dengan LIKE potret pilihan anda. Boleh LIKE seberapa banyak pada mana2 potret pilihan yang anda suka. Tempoh dari jam 08.00 malam Khamis 3 Mei 2012 hingga jam 08.00 malam Khamis, 10 Mei 2012. Selamat mengeLIKE semua! Kami sedang mencari pemenang! 70% undi dari LIKE orang awam / rakan2 FB manakala 30% undi lagi dari juri yang dilantik.


Untuk undi, silalah ke Facebook Belia Felda Pemanis.


Link untuk mengundi potret di sini : G2 RETREAT 2 @ CH : Jom Undi (LIKE) Potret Pilihan Anda!


Selamat mengundi dengan LIKE!










Selasa, 1 Mei 2012

Selamat Hari Pekerja 2012

Malaysia .... Selamat Menyambut Hari Pekerja 2012
Pekerja Berinovatif Penggerak Transformasi


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...