Sabtu, 18 April 2020

[454] Projek Kebajikan #Covid19 Bersama MRA Johor

Beberapa projek kebajikan sempena Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah dilaksanakan bersama Malaysia Relief Agency (MRA) Johor sepanjang mingu - minggu yang sudah. Antara projek yang dijalankan adalah :
Rabu, 15 April 2020
Menyalurkan bantuan daripada Malaysian Relief Agency - MRA Johor buat golongan bukan warganegara Malaysia yang beragama Islam. Sebanyak 20 keluarga yang telah menerima bantuan makanan keperluan di sekitar Pekan Jabi, Kampung Sermin, Taman Yayasan dan Buloh Kasap.









Isnin, 13 April 2020
Bersama Malaysia Relief Agency (MRA) Johor untuk memberi bantuan kepada 7 keluarga yang terkesan akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di sekitar Segamat.
Bantuan diberikan untuk keluarga di Jalan Temenggung, Kg Batu Badak, Kg Alai, Kg Seberang Batu Badak, Batu Anam dan Buloh Kasap.Ia melibatkan 4 keluarga asnaf / B40, seorang warga emas dan 2 orang OKU.
Suria, yang mengendalikan projek mencatatkan ini :
"Makcik dapat bantuan beras 5kg, makcik beri pada mereka dik, mereka juga susah dik. Apa yang makcik dapat makcik berkongsi biarpun makcik juga susah"








Bersama team MRA (Malaysia Relief Agency) Johor mengagihkan bantuan makanan keperluan kepada keluarga yang memerlukan di sekitar Segamat. Pihak MRA Johor juga telah melaksanakan projek #ProjekSyukurGardenia di mana 1500 bungkus roti Gardenia yang diagihkan di sekitar Johor.








Terima kasih MRA Johor di atas peluang melaksanakan projek kebajikan ini. Semoga semua dirahmati Allah.

Selasa, 14 April 2020

[453] Riding Through My Matriculation’s Life by Irfan Abdullah


Riding Through My Matriculation’s Life
oleh Mohd Irfan bin Abdullah
Kolej Matrikulasi Johor 2018 / 2020

Irfan boleh dihubungi menerusi Instagram irfanirvine

Hai! Aku Irfan, pelajar Program Dua Tahun Modul Satu sesi 2018/2020 Kolej Matrikulasi Johor. Kalau tanya aku macam mana hidup aku di matrik ni, jawapan aku senang je. Serious best! Sejujurnya kehidupan kat KMJ ni memang menarik sangat, macam-macam perkara aku belajar, macam-macam perkara aku dapat sepanjang dua tahun aku kat matrik ni. Walaupun orang kata KMJ ni tak best, terperuk kat ladang kelapa sawit, di Tangkak? Tangkak ada apa? Hahah ni sesi promote sikit lah, percayalah KMJ ni lah antara Kolej Matrikulasi yang mempunyai facility terbaik. KMJ ni padang balapan “tip-top” sampai KAKOM balapan dan padang mesti akan pilih KMJ. Selain itu, walaupun KMJ ni kecik, tapi ikat sini lah tempat yang paling kau takkan  menyesal untuk  pilih. Kalau kau tertinggal labcoat boleh je kau nak patah balik ambil kalau kau dah sampai class sekalipun. Dekat KMNS? Jangan harap, hahahaa.





Aku kira dah lah part promote tu, masuklah cerita life aku pulak. Sejujurnya untuk tahun pertama aku kat matrik ni tak jadi masalah bagi aku. Terbalik pulak ye, sepatutnya awal-awal yang homesick kan? Tapi yaa baca dulu cerita aku. Homesick tu memang homesick,tapi biasa-biasa je. I can handle it well. Tahun pertama aku, agak menarik sebab dapat sebilik dengan kawan sekolah sendiri, kawan baik pulak tu, Iman. Dan dia pun PDT sama dengan aku. Jadi aku tahu aku ada geng selama dua tahun aku kat sini. He’s a family. Truly! Untuk tahun pertama ni jugak, I don’t expect anything untuk life aku kat matrik ni, melainkan belajar dan buat apa yang aku suka. But things went to the other way. Siapa sangka perancangan Tuhan kan? Kehidupan kat matrik tahun pertama ni quite fun. Roommate best, semua baik, ada budi bahasa, hormat orang jugak walaupun sometimes ada gilanya. Bukan life lah kalau takda gilanya ye tak? Kehidupan aku kat matrik bertambah menarik bila aku dapat classmate yang best, semua satu kepala. Kelas aku masatu L1S2, and that time aku ketua kelas. Mereka semua ni panggil aku abah. Paling best bila semua satu class satu kepala bersaing untuk naikkan gred bukan diri sendiri je, tapi untuk satu class jugak. Ini lah yang orang kata persaingan bersih. It’s a good thing yang boleh diterapkan dalam pembelajaran. It was going well in sem 1, but not sem 2 atas beberapa faktor.

 

Seterusnya, yang menambah perisa kehidupan aku kat matrik ni ialah kumpulan zapin aku. Inilah yang paling aku sayang sebab selalu support aku walau apa pun aku buat. Terima kasih yang tak terhingga! Sejujurnya aku sendiri tak percaya yang aku masih join tarian tradisional ni. Niat di hati nak “pencen” dah zapin masa form 3 dulu, hahaha. Selama dua tahu kat KMJ banyak jugak performance yang kami dah buat untuk event Malam Citra Budaya dan Darshwana Night. Dua-dua event adalah event annual KMJ. Tambahan lagi, ada jugak event sampingan seperti Persebahan Pembukaan KAKOM dan Malam Ambang Kemerdekaan. Agak bangga dengan mereka dan diri sendiri sebab boleh buat semua tu. Dalam pada masa yang sama, aku belajar step-step yang belum pernah aku belajar. Terima kasih kepada kawan-kawan dan seorang insan yang selalu mengajar. Satu lagi perkara, yang paling aku tak expect adalah tahun pertama ni jugak aku dipilih dan dilantik sebagai Ketua Pelajar Program Dua Tahun. Satu tugasan yang agak besar untuk aku masa tu. Tapi aku bersyukur sebab semua orang support aku untuk jawatan ni, daripada roommate, classmate, family zapin, sorang insan yang terkejut ketua PDT masuk zapin, pelajar-pelajar PDT dan ada sorang kawan ni yang bukan modul sains pon turut sokong aku untuk ini. So far, tahun pertama aku agak menarik dan macam-macam yang aku lalui. Walaupun tahun pertama ni takde lah mencabar sangat bagi aku. Tapi pengalaman yang aku lalui amat berharga dan macam-macam perkara dalam hidup ni aku belajar. Belajar mengenal mana kawan dan mana lawan, mana yang ikhlas dan mana yang sebaliknya. Setelah mengharungi pelbagai perkara pada tahun pertama ni, Alhamdulillah pointer aku tahun pertama 4.00 untuk sem 1 dan 3.84 untuk sem 2.

Untuk tahun kedua aku di matrik ni. Life kami pelajar program dua tahun berubah 360°. Environment kami totally change bila pelajar-pelajarnya semua dah lain sebab pelajar-pelajar Program Satu Tahun semua dah habis, dan ganti dengan pelajar- pelajar baru. Tambahan pula, sistem matrikulasi pun dah berubah. Takde lagi dah PST dan PDT. Digantikan dengan Sistem 2 Semester (S2S) dan Sistem 4 Semester (S4S). Jadi, kami pelajar PDT agak terkesan dengan peubahan yang dibuat oleh Bahagian Matrikulasi KPM ini. Kami terpaksa berasingan dengan batch PDT kami dan dicampur rombak ke dalam kelas S2S sesi 2019/2020. Begitulah kitaran ke batch sesi seterusnya. 


Pada mulanya agak janggal sebab disatukan kelas dengan junior dan cara pembelajaran kami juga dah berbeza. Walaupun kami batch PDT dah belajar semua tu untuk tahun pertama, tapi disebabkan pertambahan dalam silibus dan perubahan dari segi environment. Agak struggle jugak untuk aku hidup dalam tahun kedua aku kat matrik dan masatu dah jauh dah dengan kawan-kawan first year sebab berpisah class, berpisah blok. Tapi tak berpisah lama pun, awal-awal tu je sebab maybe terkejut, hahah. Itulah sebabnya aku pernah cakap yang kehidupan aku kat matrik ni terbalik, senang dulu susah kemudian hahahah. Tapi Allah Maha adil, dalam keadaan macam tu, Allah datangkan sedikit demi sedikit keceriaan. Aku dapat kawan-kawan saf 1.24 yang setiap hari sama-sama daripada belajar, main frisbee dan macam-macam lagi lah. Aku jugak dapat classmate baru yang sangat-sangat sporting, walaupun pada mulanya aku rasa “masuk satu class dengan junior?”, tapi dari masa ke semasa aku dah mula anggap mereka ni macam adik-adik aku sendiri dah. Selain mereka, kawan-kawan zapin aku jugak selalu ada and support each other. Dan yang paling penting, ada seorang insan yang trigger aku untuk bangkit dari awal tahun kedua sampai lah ke pengakhiran kehidupan matrik aku yang tak berapa ending ni.


Jadi, aku teruskan kehidupan aku pada tahun kedua ni seperti biasa cuma ada lah jugak perubahan sikit. Aku masih join macam-macam tapi tak sebanyak tahun pertama, sebab tahun kedua agak sibuk dengan class, extra kuliah dan pelbagai lagi aktiviti. Antara aktiviti dan pencapaian aku pada tahun kedua ni ialah Perlawanan Frisbee peringkat kolej dan mendapat tempat pertama dalam pertandingan tersebut, Pertandingan Dikir Barat Kontemporari Kokurikulum by praktikum, juga memenangi johan tempat pertama. Selain itu, aku  menyertai Pertandingan Dikir Barat Peringkat Kebangsaan bertuan rumahkan Kolej Matrikulasi Kelantan (KMKt) dan mendapat tempat keenam dalam pertandingan tersebut. Selain pertandingan, aku juga sertai beberapa persembahan zapin dan joget Melayu dalam annual event kebudayaan KMJ serta mengelola beberapa pertandingan sukan dibawah Exco Sukan dan Kebudayaan as I am one of the members of 7squadron of Jawatankuasa Perwakilan Pelajar for that exco. Jadi itu lah sedikit sebanyak aktiviti dan pencapaian aku semasa di matrik pada semasa tahun kedua tu. Pada pendapat aku, kunci untuk kita survive masa belajar kat matrik ni even di mana-mana pun, adalah dengan mengaktifkan diri untuk menyertai pelbagai perkara seperti menyertai aktiviti kebudayaan atau sukan atau aktiviti- aktiviti berkaitan akademik seperti explore race science. Di matrik banyak mengadakan aktiviti-aktiviti menarik yang boleh kita sertai seperti berikut. Hidup ni kene balance juga, bukan belajar semata dan bukan main semata.




Secara keseluruhan hidup aku di matrik sangat-sangat menarik dan sangat berharga walaupun diakhirnya sedikit menyedihkan (sangat menyedihkan!) sebab batch aku lah satu-satunya matrik yang takda PSPM 2 dan hanya ambil markah PB sahaja untuk penilaian untuk sem 2. Aku rasa semua tahu kenapa dibatalkan, it is all because of the viral decease “Covid-19”. Dua minggu sebelum exam, negara Malaysia isytihar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selama 14 hari dan peperiksaan PSPM 2 ditangguh sehinggalah PKP ini dilanjutkan sebanyak 2 kali dan akhirnya PSPM 2 kami dibatalkan semasa hari yang ke-26 PKP. Ini bermaksud tempoh pembelajaran kami di Matrik telah pun tamat sejurus notis pembatalan peperiksaan akhir sem 2 keluar. Sejujurnya aku sedih sangat sebab we have no proper ending di KMJ ni. Percayalah bukan aku sorang je yang dah plan “nanti kita ambil gambar kat sini tau! Nanti kita ambil gambar kat sini tau! Video jangan lupa, buat kenangan!”. Bukan aku sorang je. Tapi semua tu tinggal kenangan, dan semestinya semua tak sangka yang tarikh 18/3/2020 tu adalah hari terakhir kami di KMJ. Mungkin Allah beri ujian kepada kami sekarang untuk Dia beri sesuatu yang besar dan bermakna akan datang kan? Siapa tahu rahsia Allah.




Seriously, aku sedih sangat atas apa yang terjadi. Mungkin untuk pelajar-pelajar satu tahun tak rasa sangat perkara ni terjadi, tapi aku sebagai seorang pelajar 2 tahun di KMJ tu sangat terkesan dengan perkara ni. Yelah, KMJ tu ibarat rumah dah bagi aku. Walaupun KMJ tu  ramai yang gelarannya “KM-Jail”. Tapi percayalah itu lah jail yang paling terindah dalam pengalaman hidup aku. Serious, di KMJ semuanya molek-molek belaka, daripada pensyarah-pensyarahnya yang baik-baik dan sangat caring dengan anak-anak murid dia, sampai lah ke persekitaran KMJ yang sangat cantik dan tenang dengan pemandangan Gunung Ledangnya yang tersergam indah di situ. 

Jadi dikesempatan ini aku mendedikasi beberapa kumpulan manusia yang sangat aku hargai sepanjang hidup aku di KMJ ni iaitu kepada pensyarah-pensyarah yang gigih mengajar mahupun yang tidak mengajar, classmate-classmate daripada praktikum L1S2 (serta dua orang dari K1MA1) dan juga K5MS17 yang sentiasa menghulurkan tangan bila aku memerlukan, berkongsi ilmu bila aku kekurangan. Roommate tahun pertama 3.18, manusia yang paling banyak menceriakan hari-hari dan banyak harungi perkara baru sama-sama.  Juga kepada kawan-kawan bilik Saf 1.24, sentiasa ada tangan untuk aku dari setiap antara mereka bila aku sangat memerlukan. Kawan-kawan ahli zapin daripada yang lama sampailah yang baru masuk pada tahun kedua. Mereka antara manusia yang sentiasa berkongsi kegembiraan, gila-gila, dan kebanyakan hobi yang sama. Tidak lupa juga ahli 7squadron Exco Sukan dan Kebudayaaan dan warga Jawatan Perwakilan Pelajar. Mereka banyak membantu dari segi pengurusan dan berkongsi pengalaman. Dan akhir sekali, seorang insan yang banyak membantu dari awak sem 3 sampai lah ke pengakhiran pengajian di KMJ ni malahan sampai ke hari ini. Mereka semua adalah keluarga. Walau tiada ikatan darah, walau datangnya dari tempat yang berbeza-beza. Merekalah yang ada susah dan senang bersama di KMJ. Terima kasih atas segala memori bersama, terima kasih atas segala kasih sayang yang diberi dan terima kasih sebab terima aku untuk hadir dalam kehidupan semua. Dan aku percaya, ikatan ni akan kekal sampailah bila-bila.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...