Selasa, 24 Mei 2016

[195] Kursus Kepimpinan Organisasi Tahap 1 Peringkat Daerah Segamat 2016

Kementerian Belia dan Sukan Malaysia menerusi Pejabat Belia dan Sukan Daerah Segamat telah mengadakan Kursus Kepimpinan Organisasi Tahap 1 Daerah Segamat pada 20 - 22 Mei 2016 bertempat di Tiram Indah Village, Ulu Tiram. 

Seramai 39 orang peserta mengikutinya dengan 8 orang daripadanya (5 lelaki dan 3 perempuan) adalah peserta Tahap Emas ARPRM dari G2. Mereka adalah :

1. Mohd Azahari bin Abdullah
2. Mohd Norfikri bin Norazmizan
3. Mohd Alif bin Wahid
4. Mohd Nur Amin bin Jemiran
5. Mohd Fazrul Razzi bin Abdullah
6. Ilmy Faizatul Iezma binti Ibrahim
7. Yasmien binti Abdullah
8. Farah

Manakalah Puan Ananurlela Abd Rahim yang mempunyai banyak pengalaman dalam kursus kepimpinan dan pengurusan belia pula berkhidmat sebagai Urusetia Program.

Latihan kepimpinan ini menjurus kepada pembinaan karektor kepimpinan dan pengurusan di kalangan belia.



















 








Semoga ilmu dan kemahiran yang diperolehi akan memberikan manfaat.







Ahad, 8 Mei 2016

[194] Bengkel Dokumentasi Buku Rekod ARPRM Tahap Perak Fasa 1 / 2016

ARPRM G2 telah mengadakan sesi Bengkel Dokumentasi Buku Rekod Tahap Perak Fasa 1 / 2016 pada hujung minggu lalu, iaitu Jumaat dan Sabtu, 6 dan 7 Mei 2016. Untuk permulaan ini, seramai 5 orang peserta ARPRM yang telah tamat semua 4 komponen yang diperlukan telah menyempurnakan catatan Buku Rekod Tahap Perak masing - masing.

Catatan dilakukan dengan bimbingan Mentor dan peserta Tahap Emas yang baharu sahaja selesai menyempurnakan laporan.

Para peserta dibimbing bagaimana untuk mencatat dengan baik, di samping memperbetulkan mana - mana kesalahan, kesilapan dan kekurangan di dalam catatan mereka. Apa yang penting adalah isi catatan aktiviti yang telah dilakukan, jumlah bulan dan jumlah jam hendaklah memenuhi syarat - syarat yang telah ditetapkan oleh standard The Duke of Edinburgh's International Award.








ARPRM atau DofE mensyaratkan para peserta Tahap Perak untuk menyempurnakan 4 komponen Khidmat Masyarakat, Kemahiran, Rekreasi Fizikal dan Jelajah Lasak. Tiga komponen pertama hendaklah dilaksanakan dalam tempoh minima 6 bulan dan 30 jam, manakala Jelajah Lasak pula memerlukan masa minima 3 hari 2 malam.

Pada hujung - hujung minggu yang akan datang pula, ARPRM G2 merancang untuk mengadakan bengkel yang sama untuk paar peserta Tahap Perak atau Gangsa, berdasarkan jadual masa mereka telah menyempurnakan semua 4 komponen. Ia akan diteruskan sehinggalah semua peserta Tahap Gangsa dan Tahap Emas selesai merekod aktiviti mereka atau sehingga tibanya masa untuk pentauliahan.

Selamat Maju Jaya untuk semua!

Sabtu, 7 Mei 2016

[193 : G2] Pembaharuan Lesen Tauliah Badan Operasi ARPRM G2

ISNIN, 2 Mei 2016 : Majlis Ringkas Penyerahan Dokumen dan Bayaran Pembaharuan Lesen Tauliah Badan Operasi ARPRM bagi Persatuan Belia G2 Felda Pemanis. Dokumen dan bayaran disampaikan oleh Mohd Nur Ashraff dan diterima oleh Encik Ibrahim Bujang di Pejabat Belia dan Sukan Daerah Segamat.

Setiap tahun, semua Badan Operasi Program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda dikehendaki memperbaharui lesen tauliah untuk membolehkan mereka melaksanakan aktiviti - aktiviti ARPRM. Ada borang tertentu, dokumen dan laporan terkini mengenai Badan Operasi yang perlu untuk dilampirkan, selain sejumlah bayaran tertentu.

Semoga dengan ini Badan Operasi ARPRM G2 akan menjadi terus aktif dalam menyemarakkan kerja - kerja pembangunan belia untuk generasi muda.






LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...