Selasa, 26 Jun 2012

Episod 2 : Lima Soalan Bersama ... Azhar Rahman





EPISOD 2 : LIMA SOALAN BERSAMA .... Azhar Rahman.


Sdra Azhar Rahman berkongsi pendapat tentang banyak perkara. Tentang Sukan, Felda Global Ventures Holdings, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional, Harapan Sebagai Anak Muda Malaysia dan Pengalaman Program mahupun di dalam Persatuan Belia G2 Felda Pemanis. Jom tonton!



Isnin, 25 Jun 2012

Kompang Walimatulurus : Nadia Misri, Pemanis Satu

Kelab Kompang Persatuan Belia G2 Felda Pemanis telah diberi peluang untuk berkompang bagi mengarak pasangan pengantin majlis walimatulurus Nadia Misri dan Nasrul di Felda Pemanis Satu pada Ahad, 24 Jun 2012.

Gambar - gambarnya ada di sini : Kompang Walimatulurus Nadia - Nasrul

Dan ini pula videonya :


Badminton : Persahabatan Balas Pemanis - Redong

Pada Sabtu, 24 Jun 2012 telah berlansung perlawanan balas persahabatan baminton antara Pemanis dan Redong yang diuruskan oleh Shuttle Club Pemanis. Delegasi dari Felda Redong telah berkunjung ke Felda Pemanis Dua, sebagai membalas lawatan persahabatan dari Felda Pemanis ke Felda Redong dahulu.


Perlawanan persahabatan balas badminton ini telah mengukuhkan tali silaturrahim menerusi jambatan sukan di antara generasi Felda Pemanis dengan generasi Felda Redong. Diharap pada masa - masa akan datang, ia akan dapat terus diadakan.


Perlawanan bermula kira - kira jam 09.00 malam dan berakhir jam 1.00 pagi.


Terima kasih diucapkan kepada semua pemain dan pengurusan yang telah sama - sama menjayakan program.


Gambar - gambar ada di sini : Badminton Pemanis - Redong

Manakala ini pula adalah rangkuman videonya :


Ahad, 24 Jun 2012

Liga Sukan Untuk Semua Daerah Segamat - Futsal

Sekitar Liga Sukan Untuk Semua - Futsal yang berlansung hari ini, Sabtu 23 Jun 2012 di Gelanggang Futsal 1Malaysia taman Mewan, Buloh Kasap. Program telah dirasmikan oleh YB Menteri Sumber Manusia yang juga Ahli Parlimen Segamat. Sebanyak 29 pasukan bertanding. FCG2 Pemanis menghantar 3 pasukan, tetapi tidak bernasib baik apabila kandas di peringkat kumpulan.

Sdra Firuddin Rahmat telah bertindak sebagai Pengurus Pasukan untuk semua team FCG2. Bukan mudah untuk mengurus tiga pasukan ...

Cuaca yang kejap panas kejap hujan sedikit sebanyak mengganggu permainan dan tumpuan pemain.


Fakrur Razi mengalami sedikit masalah kesihatan. Mujurlah paramedik JPAM ada membantu. Akhirnya, keadaan kembali kepada normal.

Permainan terpaksa direhatkan sebanyak dua kali akibat hujan. Namun, syukurlah akhirnya program berjaya disempurnakan. Tahniah kepada pasukan futsal Tebung Tinggi A yang berjaya mendapat Johan.

Bersedia pula untuk Futsal Parlimen 1Belia 1Malaysia ... :)


Gambar - gambarnya ada di sini : Liga Sukan untuk Semua Daerah Segamat - Futsal


Ini pula videonya : 


Selasa, 19 Jun 2012

5 SOALAN BERSAMA : Mohd Firuddin Rahmat

Episod 1 


Bual Bicara Khas - Persatuan Belia G2 Felda Pemanis

Menyampaikan pendapat mengenai : Padangan terhadap pembangunan bola sepak negara, harapan terhadap pasukan FCG2 Pemanis Junior, pendekatan terhadap generasi muda masa kini, masalah generasi muda sekarang dan pengalaman dalam Persatuan Belia G2 Felda Pemanis.




Isnin, 18 Jun 2012

Santai Hujung Minggu : Game Paintball - Main Sampai Lebam

Santai Hujung Minggu Persatuan Belia G2 Felda Pemanis pada kali ini (Ahad, 17 Jun 2012) telah membawa kami ke sukan extreme iaitu Paintball. Mencuba lokasi baru di Segamat iaitu WK Sports Extreme Paintball di depan Kipmart Segamat. Betul2 main sampai lebam sampai ada dua tiga orang pemain kami yang mengalami lebam2 di badan!


Gambar - gambar ada di sini : Paintball - Main Sampai Lebam


Nak tengok videonya?





Bola Sepak 9 Sebelah

MENDAPAT tempat ke 4 dari 19 pasukan yang bertanding. Tewas kepada Dato' FC di peringkat separuh akhir. Bermain dengan ceria. Bermain dengan kegembiraan. Syabas dan tahniah kepada semua pemain dan pengurusan FCG2 Pemanis Junior yang memberikan komitmen dan menunjukkan kejituan semangat!

Pertandingan telah diadakan pada Sabtu, 16 Jun 2012 di Padang Awam Kg Abdullah, Segamat (berhadapan Upwell dan SJKC Li Chi)
 

Gambar - gambar di : Bola Sepak 9 Sebelah

Manakala ini pula adalah videonya 






Khamis, 7 Jun 2012

Bengkel Matematik Tambahan 2012

Pada 4 - 6 Jun 2012, telah diadakan Bengkel Pemantapan Matematik Tambahan 2012 anjuran Persatuan Belia G2 Felda Pemanis dengan kerjasama PIBG SMK Pemanis dan Alumni SMK Pemanis.


Gambar - gambar boleh dilihat di Facebook Belia Felda Pemanis (link di sini) :
1. Hari Pertama
2. Hari Kedua
3. Hari Ketiga dan Majlis Penutup Ringkas


Manakala berikut ada video - video program :











Terima kasih kepada semua yang menjayakan. Semoga rahmat Allah sentiasa bersama kalian. :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...