Rabu, 25 Mac 2020

[450] Menggapai Pendidikan Ketiga - Tahun ke 11 : Lepasan SPM 2019


#SPM2019 : PROGRAM MENGGAPAI PENDIDIKAN KETIGA TAHUN KE - 11 : LEPASAN SPM 2019 - SISTEM UPU ONLINE


5 - 15 Mac 2020 | Dilaksanakan sebanyak 4 Fasa
Projek Sukarelawan Pendidikan dari #TeamG2 meneruskan kepelbagaian khidmat pendidikan dengan pelaksanaan tahun ke 11 Program Mengggapai Pendidikan Ketiga - Sistem UPU Online untuk Lepasan SPM 2019.

Program Fasa 1 dimulakan dengan penyampaian slip nombor unik pin UPU, penghargaan pelajar cemerlang SPM dan penerangan sistenm UPU single window single offer.

Ia kemudian diikuti dengan Fasa 2, 3 dan 4 mengikut kumpulan untuk menyelesaikan urusan. 






Lepasan SPM mengurus permohonan mereka untuk kemasukan ke pelbagai program sama ada akademik mahupun TVET (Kemahiran). Ia meliputi program bertaraf Sijil, Asasi, Matrikulasi, Diploma, IPG dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA). 

Setiap pemohon akan melalui ujian ringkas RIASEC Code Test bagi mengetahui kecenderungan dan minat di dalam diri. Mereka juga akan mengira markah merit kemasukan. Berdasarkan ujian RIASEC, kiraan merit dan keputusan SPM, mereka akan menyesuaikan pilihan masing - masing di dalam sistem UPU yang terdiri dari 12 pilihan.







Selain UPU yang khusus untuk universiti dibiayai Kerajaan, lepasan SPM juga membuat permohonan menerusi Institusi Pendidikan MARA. Ia menjadi pelan sokongan terhadap permohonan UPU. 







Seramai 32 orang anak - anak Pemanis dan beberapa orang luar Pemanis telah berjaya menyelesaikan permohonan. Semoga semua lepasan SPM 2019 ini mendapat tempat ke program Ijazah Sarjana Muda. 














#BungaBangsa
#MakingTitanium
#KalisMasaHadapan
#KalisCabaranBesar

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...