Selasa, 27 Julai 2021

[793] Libat Urus Kanvas Visi Sukan Negara 2030 Daerah Segamat

PENYAMPAIAN SIJIL SESI LIBAT URUS KANVAS VISI SUKAN NEGARA 2030 PERINGKAT DAERAH SEGAMAT

Seramai 12 orang dari #TeamG2 telah mengikuti Sesi Libat Urus Kanvas Visi Sukan Negara 2030 Peringkat Daerah Segamat yang telah diadakan secara maya pada 15 Julai lepas.

Sesi menerusi platform Zoom dan Facebook Live itu juga disertai hampir 80 orang peserta yang lain. Ia dimoderatorkan oleh Pegawai Belia dan Sukan Daerah Segamat, Encik Maizatul Asrul bin Mohd Yunus dan dirasmikan oleh Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor, Tuan Shamsuhaimie bin Basir.
























Penceramah sesi tersebut adalah Timbalan Pengarah (Sukan) JBSJ, Puan Wardah Hussin. Ia juga menampilkan 2 orang panel jemputan bagi memberikan input kepada semua peserta libat urus.

Program anjuran Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor dan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Segamat itu diadakan dengan kerjasama Majlis Belia Daerah Segamat.

Tahniah kepada semua Pegawai dan Urusetia yang menjayakan program. Tahniah juga kepada semua peserta yang telah sempurna mengikuti program.

#VisiSukanNegara2030 #IniVisiSaya #VisiAndaBagaimana

[792] Pengurusan Dokumen dan Pendaftaran Dalam Talian Matrikulasi KPM

PENGURUSAN DOKUMEN DAN PENDAFTARAN DALAM TALIAN PELAJAR MATRIKULASI SESI 2021 / 2022

Sepanjang seminggu berlalu, #TeamG2 melaksanakan secara intensif proses pengurusan dokumen dan pendaftaran dalam talian untuk para pelajar baharu Kolej Matrikulasi, Kementerian Pendidikan Malaysia. Untuk rekod, seramai 11 orang anak - anak Felda Pemanis, terdiri dari 7 lelaki dan 4 perempuan dari kohort #SPM2020 telah diterima masuk untuk program pengajian tersebut. Dari jumlah itu, 9 orang bakal mengikuti jurusan Sains manakala 2 orang dalam jurusan Perakaunan.

Proses pengurusan dokumen dalam tatacara norma baharu atas talian amat berbeza dengan sebelum ini yang dilaksanakan secara fizikal mahupun hibrid. Namun begitu, semua ini telah berjaya dilaksanakan malah mereka telah menjadi sumber rujukan pula kepada bakal - bakal pelajar lain dari luar Felda Pemanis untuk menyelesaikan beberapa masalah berkaitan.

#TeamG2 merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada semua yang membantu dalam proses pengurusan dokumen dan pendaftaran dalam talian ini. Ini termasuklah Encik Maizatul Asrul Mohd Yunus (Pengawai Belia dan Sukan Daerah Segamat) dan Encik Mohd Firdaus Zainal Abidin (Alumni ARPRM Emas dan Tokoh Belia Johor 2020 dari #TeamG2) yang menjadi saksi perjanjian, mengesahkan semua salinan dokumen dan sijil bakal pelajar. Juga penghargaan kepada Encik Armizam Abd Rahim, Ketua Mentor ARPRM #TeamG2 yang menjelaskan dan mengatur semua prosedur pengurusan.

Terima kasih juga kepada semua senior dalam #TeamG2 yang membiayai kos urusan cetakan dokumen dan lain - lain perbelanjaan pengurusan. Mereka juga berkongsi pengalaman, tips dan panduan selaku alumni Kolej Matrikuasi KPM kepada junior bagi memastikan aliran bimbingan akademik terus bertemali. Terima kasih kepada Firdaus, Shila, Anis, Atikah, Amirah, Aliah, Nora, Syamimi dan Sulyza. Tidak ketiggalan juga untuk Faiz Ahmad.

Esok, Isnin 26 Julai 2021, beribu bakal pelajar Matrikulasi KPM seluruh negara akan mula secara rasmi bergelar pelajar Kolej Matrikulasi. Mereka akan bermula jam 08.00 pagi secara dalam talian bersama semua waris dalam sesi Pendaftaran dan Taklimat Waris. Minggu Pengurusan Pelajar Baharu secara dalam talian ini akan berlangsung selama 2 hari dan kemudian diikuti dengan kelas akademik.
















































































Tahniah buat anak - anak Felda Pemanis yang bakal mengharungi satu lagi perjalanan hidup perjuangan jangka panjang untuk mencapai Ijazah Sarjana Muda menerusi Program Matrikulasi, sebagaimana berikut :

1. Mohd Khairul Izuan Abd Aziz, KMJ (Akaun)

2. CW Sofia CW Suhaimi, KMM (Akaun)

3. Auni Batrisyia Herman, KMJ (PST Sains)

4. Zulfahmi Zain, KMJ (PST Sains)

5. Syakira Ilham, KMJ (PST Sains)

6. Mohd Anees Mohd Assri, KMJ (PST Sains)

7. Irdina Hairolzamri, KMJ (PDT Sains)

8. Ezrafiq, KMJ (PDT Sains)

9. Ahmad Daniel Wari, KMJ (PDT Sains)

10. Fakhrul Aiman Rezal, KMJ (PDT Sains)

11. Adawiyah, KMJ (PDT Sains)

Tahniah, selamat memulakan belajar dan semoga menjadi insan yang holistik seterusnya menyumbang kembali kepada pembangunan komuniti.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...