Selasa, 23 Februari 2016

[190] Majlis Penyerahan Laporan ARPRM Tahap Emas - Azhari, Nabil dan Razi

Berikut adalah 3 sinopsis dan gambar Majlis Ringkas Penyerahan Laporan Program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda - The Duke of Edinburgh's International Award (ARPRM - DofE) oleh Azhari ImranNabil Akmal  dan Fakhrur Razi.


MOHD AZHARI BIN IMRAN
RABU, 3 Februari 2016 : Awal pagi ini telah berlangsung Majlis Ringkas Penyerahan Laporan Program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda - The Duke of Edinburgh's International Award (ARPRM - DofE) oleh Azhari Imran, satu lagi peserta ARPRM Tahap Emas dari Persatuan Belia G2 Felda Pemanis. Azhari, 19 tahun, bekas Ketua Pengawas SMK Pemanis kini merupakan pelajar matrikulasi sains modul satu di Kolej Matrikulasi Johor. Beliau menyempurnakan keseluruhan ARPRM selama 3 tahun 6 bulan 5 hari bermula dari Tahap Gangsa sehingga selesai komponen terakhir pada tahap Emas. Laporan telah diterima oleh Encik Ibrahim Bin Bujang dari Unit Rakan Muda, Pejabat Belia dan Sukan Daerah Segamat. Azhari diiringi oleh dua lagi peserta Tahap Emas yang bakal menamatkan komponen iaitu Razi dan Badrul. Syabas dan tahniah diucapkan.







MOHD NABIL AKMAL BIN ESA
ISNIN, 22 Februari 2016 - Tengah hari tadi berlansung Majlis Ringkas Penyerahan Laporan Peserta Tahap Emas Program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda - The Duke of Edinburgh's International Award (ARPRM - DofE) oleh Nabil Akmal di Pejabat Belia dan Sukan Daerah Segamat. Laporan telah diterima oleh Encik Ibrahim Bujang, Unit Rakan Muda, Pejabat Belia dan Sukan Daerah Segamat. Syabas dan tahniah diucapkan kepada Nabil Akmal di atas penyempurnaan komponen dan laporan untuk ARPRM Tahap Emas beliau yang bernaung di bawah Badan Operasi Persatuan Belia G2 Felda Pemanis.






MOHD FAKHRUR RAZI BIN OTHMAN
ISNIN, 22 Februari 2016 - Selain Nabil Akmal, seorang lagi peserta ARPRM G2 hari ini menyerahkan Laporan Peserta Emas Program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda - The Duke of Edinburgh's International Award (ARPRM - DofE), iaitu Fakhrur Razi. Laporan telah diterima oleh Encik Ibrahim Bujang, Unit Rakan Muda, Pejabat Belia dan Sukan Daerah Segamat. Syabas dan tahniah diucapkan kepada Fakhrur Razi yang juga merupakan bekas Ketua Pengawas SMK Pemanis 2015 di atas penyempurnaan komponen dan laporan untuk ARPRM Tahap Emas beliau yang bernaung di bawah Badan Operasi Persatuan Belia G2 Felda Pemanis. Mentor kepada Razi adalah seorang pemegang Emas pertama ARPRM Segamat dan bekas juga bekas Ketua Pengawas SMK Pemanis 2010 iaitu Encik Mohd Firdaus Zainal manakala Panel Penilai Dalaman beliau adalah Encik Azizi Abd Rahim.







Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua yang telah menyempurnakan dan menyerahkan laporan.

Isnin, 22 Februari 2016

[189] Kursus Pengurusan Peserta ARPRM

Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor telah melaksanakan Kursus Pengurusan ARPRM Tahap Emas Negeri Johor pada 19 dan 20 Ferbruari 2016 di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Johor, Larkin, Johor Bahru. Seramai 35 orang peserta Tahap Emas telah menyertai program ini yang menggariskan matlamat untuk memberikan kefahaman bagi melaksanakan ARPRM Tahap Emas. Program dikendalikan oleh Pegawai - Pegawai Rakan Muda dan Mentor ARPRM Negeri Johor.











Persatuan Belia G2 Felda Pemanis menghantar 5 orang peserta iaitu Nabil Akmal Esa, Fakhrur Razi Othman, Badrul Halim Katimin, Muhd Nur Iman Abdullah dan Kamsari Subroto. Manakala seorang lagi peserta mewakili Badan Operasi Pejabat Belia dan Sukan Daerah Segamat iaitu Mohd Hafizuddin Ishak.








Para peserta telah didedahkan dengan tips dan panduan bagaimana hendak melaksanakan Tahap Emas. Mereka juga diberikan latihan di dalam kumpulan untuk membuat kertas kerja projek penempatan. Kemahiran berkomunikasi amat ditititkberatkan di dalam program ini.




Rabu, 17 Februari 2016

[188] Catatan Buku Rekod Projek Penempatan ARPRM Tahap Emas - Zoo Negara Malaysia

Ini adalah catatan Muhd Faiz bin Ahmad, peserta Tahap emas ARPRM dari Badan Operasi Persatuan Belia G2 Felda Pemanis yang telah mengadakan Projek Penempatan di Zoo Negara Malaysia.

Syabas dan tahniah kepada 5 orang peserta Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (4 dari Badan Operasi Persatuan Belia G2 Felda Pemanis dan seorang dari Badan Operasi Pbsd Segamat) yang telah menyempurnakan dengan jayanya Komponen Projek Penempatan - Wonders of Wildlife - Program Sukarelawan Fauna Zoo Negara Malaysia hari ini. Terima kasih kepada Zoo Negara Malaysia, Persatuan Zoologi Malaysia, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor, Kompleks Belia dan Sukan Wilayah Persekutuan Jalan Kg Pandan, Pejabat Belia dan Sukan Daerah Segamat dan tentunya Kementerian Belia dan Sukan Malaysia. Tahniah untuk mereka semua kerana juga memperolehi Sijil Penghargaan Zoo Negara Malaysia di atas perkhidmatan sukarela melebihi 40 jam dan menepati semua spesifikasi keperluan. Syabas Haziq Farid DanielAsz StiflerMuhammad FaizFazrul Razzi dan Hafizuddin Ishak. Terima kasih untuk semua Pegawai, Mentor dan Panel Penilai yang telah bersama iaitu Encik Ibrahim Bin Bujang, Encik Azizi Abd Rahim, Encik Raziman Joraimi dan Encik Shamsuddin Bin Sukor. Maka, tamatlah keseluruhan edisi Projek Khas Emas dari G2 dan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Segamat untuk sesi 2015 / 2016. Jumpa lagi untuk Projek Emas Batch 2016 / 2017 pula.

Catatan Faiz di dalam Buku Rekod ARPRM ini adalah dalam Bahasa Inggeris.

























LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...