Isnin, 27 Julai 2020

[511] Dua Orang Calon G2 Selesai Membentang dan Dinilai Untuk APBN Johor 2020

Johor Bahru, 26 Julai 2020 - Bertempat di Wisma Persekutuan, dua orang calon dari Persatuan Belia G2 Felda Pemanis yang mewakili daerah Segamat telah selesai membentang dan dinilai untuk kategori individu Anugerah Perdana Belia Negara (APBN) 2020 Peringkat Negeri Johor.


 


Suria Sipon telah dinilai pada sebelah pagi untuk kategori individu wanita manakala Mohd Firdaus Haji Zainal Abidin pada sebelah petang untuk kategori individu lelaki.

Masing - masing merupakan aktivis belia dan komuniti dengan pencapaian pada segenap peringkat hinggalah ke pentas antarabangsa.

Suria mempunyai pengalaman hampir 8 tahun baharu sahaja selesai pengajian Sarjana Muda Sains Sosial (Major Ekonomi) di Universiti Sains Malaysia. Beliau adalah anak peneroka Felda Pemanis Dua.










Manakala Firdaus, aktivis sejak 2004 iaitu 16 tahun bersama belia adalah graduan Sarjana Muda Sains Gunaan (Pengurusan dan Pemuliharaan Biodiversiti) Universiti Malaysia Terengganu. Beliau kini adalah Pengurus Kes Negeri Johor di PERKESO, Kementerian Sumber Manusia. Firdaus adalah anak peneroka Felda Pemanis Satu.










Kedua - dua mereka yang diberi penghormatan mewakili Segamat telah dinilai di hadapan 3 orang panel yang dilantik oleh Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor.

APBN adalah satu pengiktirafan Kerajaan kepada Pertubuhan Belia dan individu yang telah menunjukkan satu aras pencapaian dalam kerja - kerja belia dan pembangunan komuniti. Terima kasih kepada Pejabat Belia dan Sukan Daerah Segamat dan Majlis Belia Daerah Segamat di atas kepercayaan menggalas amanah ini.

Proses penilaian kini giat dijalankan di seluruh negeri bagi maksud di atas.

Ahad, 19 Julai 2020

[510] Bengkel Pengendalian Shopee

Sabtu, 18 Julai 2020 -Team G2 hari ini bersama - sama mengikuti Bengkel Pengendalian Shopee yang disampaikan oleh Pengurus Pusat Internet Felda Pemanis Dua.
Peserta belajar bagaimana menguruskan jualan menerusi pemasaran dalam talian di dalam laman bisnes Shopee.





















Kursus 4 jam ini disediakan secara percuma dan diadakan dua sesi - pagi dan petang.
Ia ditutup dengan sedikit majlis ringkas penyampaian cenderamata.
Terima kasih Pengurus dan Penolong Pengurus Pusat Internet Felda Pemanis Dua. Semoga kita dapat bersama lagi di dalam program - program akan datang.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...