Isnin, 28 Oktober 2019

[427] Tauliah ARPRM 2019 Tahap Gangsa Fasa 1 : Razak, Dayana dan Izham

Bersempena Program PEMASA RUN dan Karnival Sihat SK LKTP Pemanis 1, telah diadakan Majlis Pentauliahan Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda Tahap Gangsa - The Duke of Edinburgh's International Award Bronze Standard untuk 3 orang penerima dari G2. Mereka adalah sebahagian dari 33 orang penerima Tahap Gangsa yang bersekolah di luar Felda Pemanis yang sedang bercuti dan tidak dapat bersama pada majlis pentauliahan kelak.

Abdul Razak, 14 tahun, bersekolah di SMK Dato' Sri Amar DiRaja Muar.

Dayana Zohari, 14 tahun, belajar di SM Sains Muar.
Muhd Izham Abd Aziz, 14 tahun, belajar di MRSM Mersing.








Sijil, medal dan pin Gangsa telah disampaikan oleh Encik Shahrul Izwan A Rahman, Penolong Pengarah Sukan Prestasi Tinggi Sekolah, Sektor Pembangunan Bakat Murid, Jabatan Pendidikan Negeri Johor diringi Guru Besar sekolah, Encik Helmyazizul.
Kesemua mereka melaksanakan ARPRM menerusi Persatuan Belia G2 Felda Pemanis. Tahniah diucapkan.

[426] Sukarelawan PEMASA RUN 2016

SESI TAKLIMAT SUKARELAWAN PEMASA RUN 2019
Jumaat, 25 Oktober 2019, SK LKTP Pemanis 1, 10.30 pagi
Menjelang PEMASA RUN 2019, satu sesi taklimat kepada semua sukarelawan telah disampaikan oleh Cikgu Syawal. Ia melibatkan seramai 15 orang dari G2 yang akan bersama - sama membantu menjayakan program berkenaan.
Sukarelawan telah diberikan bidang tugas masing - masing dan beberapa perkara yang perlu dilakukan esok.
Seramai 500 pelari akan mengambil bahagian.









TERIMA KASIH SUKARELAWAN G2 UNTUK PEMASA RUN 2019
Sabtu, 26 Oktober 2019, Felda Pemanis
Terima kasih kepada semua sukarelawan dari G2 yang bersama - sama menjayakan PEMASA RUN 2019. Semoga kita akan dapat bersama - sama menyumbang bakti lagi.
Terima kasih.


































LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...