Selasa, 30 Januari 2018

[294 : G2] Kursus Kepimpinan Pengawas SK Kg Jawa, Segamat

SABTU, 27 JANUARI 2018 - #TeamFasi G2 seramai 10 orang telah diberikan kepercayaan oleh SK Kg Jawa, Segamat untuk mengendalikan Kursus Kepimpinan Pengawas 2018. Seramai 70 orang pengawas sekolah berkenaan telah berjaya mengikuti kursus selama sehari yang diadakan bermula jam 07.30 pagi hingga 05.00 petang bertempat di Taman Rekreasi Awam Sungai Kapeh, Majlis Perbandaran Segamat. Terima kasih SK Kg Jawa, Guru Besar, Guru - guru, Pejabat Belia dan Sukan Daerah Segamat, Majlis Perbandaran Segamat dan semua pihak yang bersama. Tahniah kepada semua Pegawas SK Kg Jawa Sesi 2018 dan #TeamFasi G2. Semoga jalinan ini akan dapat diperkukuhkan, dikembangkan dan diteruskan.





















Khamis, 25 Januari 2018

[293] Eksplorasi Paya Bakau 3



18 - 21 JANUARI 2018 : Selama 4 hari, G2 menerusi Projek ARPRM - DofE Tahap Emas telah melaksanakan Eksplorasi Paya Bakau 3 bertempat di Taman Lokan Melaka, Sungai Rembau - Linggi, Ramuan China Besar, Masjid Tanah, Alor Gajah, Melaka. Eksplorasi ini adalah sebagai sebahagian komponen wajib untuk para peserta ARPRM Tahap Emas. YB Lau Chin Hoon, ADUN Pemanis telah bersama pada Jumaat, 19 Januari 2018. Terima kasih Pak Zainal, tuan punya Taman Lokan Melaka, Pejabat Belia dan Sukan Daerah Segamat dan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor.





Kredit Gambar dan Video : Mohd Firdaus ZAIrfan Hanz IrvineNormah TaibAffif HaziqMohd AzizanIbrahim Bin Bujang, Muhaimin dan Team Jelajah Lasak Eksplorasi Paya Bakau 3













































 Tahniah diucapkan kepada semua :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...