Selasa, 30 Julai 2019

[400] Sukarelawan Dalam Kelas SK LKTP Pemanis 1 (Matematik)

HARI 1 : 27 Julai 2019 

SUKARELAWAN DALAM KELAS SK LKTP PEMANIS 1

Projek Sukarelawan Dalam Kelas untuk SK Pemanis 1 bagi persediaan menghadapi #UPSR2019 dimulakan hari ini dengan subjek Matematik dari jam 10.30 pagi - 1.00 petang.


4 orang sukarelawan yang bersama adalah Mizam, Azizi, Norshahira dan Suria.

Penumpuan kepada individu dan kumpulan kecil calon - calon tertentu agar mereka dapat mencapai sasaran yang ditetapkan.





















UPSR akan berlangsung dalam masa lebih kurang sebulan lagi.

Isnin, 29 Julai 2019

[399] Klinik Sains UPSR 2019 Siri 18 - SK Bandar Putra

SABTU, 27 JULAI 2019 | SK BANDAR PUTRA, SEGAMAT

Pelaksanaan Klinik Sains UPSR diteruskan menjelang UPSR 2019 yang akan diadakan pada September ini. Ia memasuki Siri 18 dan telah diadakan di SK Bandar Putra untuk 35 orang pelajar kumpulan khas,

Seramai 12 orang #TeamTutor Projek Sukarelawan Pendidikan G2 telah menyumbang tenaga. Buat pertama kali, 4 orang sukarelawan tutor di kalangan pelajar Tingkatan 2 telah bersama. Ia untuk tujuan latihan dengan dibantu oleh mereka yang berpengalaman.

12 orang tutor itu adalah :
1. Aspa Lili Azura Jaaffar, graduan UTHM
2. Norshahira Isa, mahasiswa UIAM
3. Hairul Asraf Abas, lepasan STPM
4. Mustakim Abdul Kahar, lepasan STPM
5. Irdina Hairolzamri, Tingkatan 4
6. Ezrafiq Amirul Hairul Maizar, Tingkatan 4
7. Aina Najwa Amazal, Tingkatan 4
8. Auni Herman, Tingkatan 4
9. Aniq Amsyar Putra, Tingkatan 2
10. Amierul Fariz Azmi, Tingkatan 2
11. Aleysya Hamizon, Tingkatan 2
12. Suhaizad Ashaari, Tingkatan 2


VIDEO PROGRAM










GAMBAR PROGRAM

































Terima kasih diucapkan kepada Guru Besar, Cikgu Yunus dan guru sains Puan Safrah.
Semoga semua calon UPSR akan cemerlang.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...