Selasa, 18 April 2023

[1,232] Majlis Iftar SMK Seri Jementah

JEMENTAH, 17 April 2023 : Terima kasih diucapkan kepada SMK Seri Jementah khususnya Tuan Pengetua Haji Muzaffar Shah atas jemputan Majlis Iftar 2023 sekolah berkenaan.

Majlis telah disertai oleh seluruh warga sekolah. Antara pengisian adalah tazkirah selain solat fardhu, solat terawikh dan solat witir berjemaah.

Semoga kita akan bertemu lagi Ramadan akan datang.

#RamadanKareem


















[1,231] Program OMJ @ Kacau Dodol Peringkat Daerah Segamat 2023

HUB BELIA DAERAH SEGAMAT, 15 April - Berkesempatan untuk memberikan sokongan dan sedikit membantu dalam Program OMJ @ Kacau Dodol 2023 Peringkat Daerah Segamat.

Program anjuran Pusat Pembangunan Belia Negeri Johor (JOYDEC - Daerah Segamat) dengan kerjasama Majlis Perbandaean Segamat, Pejabat Belia dan Sukan Daerah Segamat, Southern Volunteers, NGO dan kumpulan sukarelawan.

Sebanyak 4 kawah dodol telah diselesaikan.

Tahniahkepada semua. 

#RamadanKareem





















Isnin, 17 April 2023

[1,230] Majlis Berbuka Puasa JOYDEC

SEGAMAT, 14 April - Pusat Pembangunan Belia Negeri Johor (JOYDEC - Segamat) telah menganjurkan Majlis Berbuka Puasa untuk sukarelawan yang terlibat di dalam Program Ziarah Kasih Ramadan 2023.

Ia diadakan di Karya Hall, bersebelahan Segamat Bowling.

Majlis ini diadakan bagi meraikan mereka hang telah menjayakan beberapa program menerusi JOYDEC. Sukarelawan dari Southern Volunteer, NGO termasuk Persatuan Belia G2 Felda Pemanis telah bersama.

Terima kasih diucapkan kepada JOYDEC Segamat.

#RamadanKareem #Iftar

























LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...