Jumaat, 17 Mac 2017

[224] Program Menggapai Pendidikan Ketiga Sesi 2017

SETIAP tahun, G2 mengadakan Program Menggapai Pendidikan Ketiga. Program ini dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu :

  • Pelajar Tingkatan 5 untuk permohonan ke peringkat Matrikulasi
  • Lepasan STPM / Diploma / Asasi / Matrikulasi untuk permohonan UPU ke peringkat Ijazah Sarjana Muda
  • Lepasan SPM untuk permohonan ke Asasi / Diploma / Program TEVT dan lain - lain.

Program ini mempunyai tujuan untuk :
  • Membimbing pelajar kaedah yang betul mengisi borang online.
  • Memastikan pelajar sempurna mengisi borang online dan mengemukakan permohonan.
  • Memberikan panduan mengenai halatuju bidang pilihan.
  • Melaksanakan ujian kecenderungan minat dan sikap.
  • Melaksanakan ujian penentuan kelayakan akademik supaya tidak memilih dengan silap.
  • Menyelesaikan kes - kes berkenaan permohonan melanjutkan pengajian.

Program permohonan ke Matrikulasi diselesaikan sebelum pelajar menduduki peperiksaan SPM. Program permohonan ke peringkat Ijazah dilaksanakan dalam minggu cuti Matrikulasi. Akhir sekali, program untuk lepasan SPM dilaksanakan selepas pelajar menerima keputusan SPM mereka.

Terima kasih kepada Pusat Internet 1Malaysia Felda Pemanis Dua yang memberikan kerjasama dan komitmen jitu menjadi rakan kongsi dalam melaksanakan semua program ini. Kemudahan yang diberikan amatlah dihargai.

Berikut adalah gambar - gambar sekitar dua program terakhir yang diadakan :

Lepasan STPM / Diploma / Asasi / Matrikulasi untuk permohonan UPU ke peringkat Ijazah Sarjana Muda
  • Telah diadakan pada 24 Februari 2017 semasa cuti Matrikulasi.
  • Fasilitator terlibat : Mizam dan Firdaus Zainal Abidin





Lepasan SPM untuk permohonan ke Asasi / Diploma / Program TEVT dan lain - lain.

  • Telah diadakan pada 16 Mac 2017 jam 02.00 petang selepas keputusan SPM 2016 diterima pada pagi itu.
  • Antara pengisian adalah Penghargaan Pelajar Cemerlang SPM 2016 untuk anak - anak Felda Pemanis dan Konsultasi Pengisian Sistem UPU Online Lepasan SPM. Tahniah kepada 6 pelajar cemerlang anak Pemanis dan semua yang mengikuti sesi konsultasi, ujian RIASEC - Holland , ujian semakan kelayakan akademik dan kemudiannya pengisian UPU Online. Terima kasih kepada Pusat Internet 1Malaysia Felda Pemanis Dua.
  • Fasilitator terlibat : Mizam, Iftitah Ishak dan Suria Sipon.


















Ahad, 12 Mac 2017

[223] Kerja - Kerja Pelaporan ARPRM Tahap Emas Kohort 3 Fasa 2

[Sambungan dari entri 222]

Empat orang peserta Tahap Emas Program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM - DofE) dari Badan Operasi Persatuan Belia G2 Felda Pemanis telah selesai menyempurnakan semua lima elemen aktiviti untuk tahap tersebut. Mereka juga telah selesai menyiapkan dokumentasi laporan yang menjadi syarat. 

Catatan ini menghimpunkan beberapa gambar sepanjang mereka menyempurnakan kerja - kerja pelaporan ARPRM - DofE Tahap Emas tersebut. Empat orang tersebut (disusun mengikut dari mula sempurna) ialah :

1. Mohd Azahari bin Abdullah
2. Mohd Arif bin Mail
3. Mohd Nur Amin bin Jemiran
4. Mohd Norfikri bin Norazmizan


Untuk Fasa 2 ini, fokus adalah kepada Mohd Nur Amin Jemiran dan Mohd Nurfikri Norazmizan

MOHD NUR AMIN BIN JEMIRAN
Aktiviti berteraskan lima komponen Tahap Emas :
1. Khidmat Masyarakat - Sukarelawan
2. Kemahiran - inovasi : Multipurpose Cover Bag
3. Rekreasi Fizikal - Bola Tampar
4. Jelajah Lasak - Summer Camp 8 : Kembara Emas Gunung Arong
5. Projek Penempatan - Khazanah Dari Tanah Bencah II

Ketua Mentor : Armizam bin Abd Rahim
Mentor : Mohd Iftitah bin Ishak
Penilai Dalaman : Armizam bin Abd Rahim
Penilai Luaran : Zainal bin Md Ali
Jurulatih : Armizam dan  Mohd Syawal
















MOHD NUR AMIN BIN JEMIRAN
Aktiviti berteraskan lima komponen Tahap Emas :
1. Khidmat Masyarakat - Sukarelawan
2. Kemahiran - inovasi : Multipurpose Cover Bag
3. Rekreasi Fizikal - Bola Tampar
4. Jelajah Lasak - Summer Camp 8 : Kembara Emas Gunung Arong
5. Projek Penempatan - Khazanah Dari Tanah Bencah II

Ketua Mentor : Armizam bin Abd Rahim
Mentor : Mohd Iftitah bin Ishak
Penilai Dalaman : Armizam bin Abd Rahim
Penilai Luaran : Zainal bin Md Ali
Jurulatih : Armizam dan  Mohd Syawal



 










LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...