Selasa, 30 Jun 2020

[504] Ramah Mesra Bersama Pengarah dan Penyampaian Surat Tawaran Felo Perdana 2020

Ahad, 28 Jun 2020 - "Gunakan peluang keemasaan semasa menjadi Felo Perdana, sentiasa cepat belajar, jaga integriti dan akauntabiliti, " itulah antara amanat dan pesanan yang disampaikan oleh Pengarah, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor, Tuan Shamsuhaime Basir semasa menyampaikan surat tawaran program Felo Perdana 2020 kepada Hairul Asraf Abas di Pejabat Belia dan Sukan Daerah Segamat.
Hairul, 21 tahun, mahasiswa Sarjana Muda Pengurusan (Pengajian Polisi) Universiti Malaysia Terengganu adalah penerima ARPRM Tahap Emas dari Persatuan Belia G2 Felda Pemanis.




Tuan Pengarah juga menitipkan pesanan agar sentiasa berusaha menjadi lebih baik, mengukuhkan rangkaian sekeliling dan mengambil iktibar dari perkara yang berlaku.
Turut bersama di dalam penyampaian surat tawaran tersebut adalah Encik Maizatul Asrul Mohd Yunus, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Segamat.









Penyampaian surat tawaran ini adalah bersempena lawatan Pengarah ke Pejabat Belia dan Sukan Daerah Segamat.
Pengarah juga sempat beramah mesra, menyampaikan nasihat, amanat dan pesanan kepada #TeamG2 menjurus pembangunan generasi muda. Terima kasih diucapkan kepada Tuan Pengarah. G2 turut menyampaikan cenderahati baju edisi 2020 sebagai tanda penghargaan kepada Pengarah dan Pegawai Belia dan Sukan Daerah Segamat.
Program Felo Perdana Kohort 2020 akan bermula pada 5 Julai ini dengan sesi orientasi di Pusat Belia Antarabangsa. YAB Perdana Menteri akan menyerahkan barisan felo kepada Menteri Kabinet pada 8 Julai di Dewan Taklimat ICU, Jabatan Perdana Menteri.

[503] Sambutan Hari Raya PEMASA

#ImbasBalik Khamis, 25 Jun 2020
Sambutan Hari Raya SK LKTP Pemanis 1 (PEMASA).
Terima kasih Guru Besar, Tuan Helmyazizul, guru - guru, PIBG dan PIBK yang sudi menjemput sama.










Dalam kesederhanaan, sambutan ini cukup meriah, terutama apabila dihidangkan durian dari kebun durian sekolah yang menjadi hidangan istimewa.

[502] Kisah TVET Seni

Kisah TVET Seni : Projek Sukarelawan Pendidikan
Penyerahan Surat Tawaran Institut Kraf Negara, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya.



 



Jarang - jarang ada yang minat dan dapat peluang ke TVET Seni. Dengan semua kemudahan sehingga makan minum, asrama dan elaun diberikan Kerajaan, ia satu peluang terbaik untuk mereka yang berminat dalam bidang Seni.

[501] Lentera Kasih Edisi Sentuhan Kasih Chini

Lentera Kasih edisi Sentuhan Kasih FELDA Chini bersama Mahasiswa #TeamG2 dan Datuk Dr Haji Baharum Mohamed di perumahan Projek Sentuhan Kasih FELDA Chini Timur 2, Pekan, Pahang.


 











Menyantuni 4 buah keluarga, menyelami apa yang mereka lalui. Belajar secara lapangan terus dari komuniti luar tempat tinggal biasa.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...