Khamis, 30 Mac 2023

[1,224] Majlis Berbuka Puasa YB ADUN Pemanis

MAJLIS BERBUKA PUASA YB ADUN PEMANIS 

PEKAN JABI, 29 Mac - Berkesempatan untuk bersama di dalam Majlis Berbuka Puasa YB Tuan Haji Anuar Abd Manap, ADUN Pemanis yang diadakan di Dewan Pekan Jabi, Segamat.

Ia dihadiri oleh pimpinan komuniti terdiri dari Penghulu, Ketua Kampung, Ketua Cawangan, NGO dan Bahagian.

Terima kasih diucapkan kepada YB.

#RamadanKareem

















Jumaat, 24 Mac 2023

[1,223] #HidupLepasSPM - Sesi 6 : Pengisian Borang UPU dan IPG

Sesi 6 - Pengisian Borang UPU dan IPG - Menggapai Pendidikan Ketiga - #HidupLepasSPM #Batch05

SEGAMAT, 20 Mac 2023 - #TeamG2 sekali lagi hari ini meneruskan program pembinaan generasi masa hadapan dengan Menggapai Pendidikan Ketiga - Lepasan SPM 2022.

Program tahunan pelbagai peringkat ini memfokus kepada pengisian dan semakan borang permohonan untuk menyambung pengajian. 

Remaja ini mengisi borang - borang dalam talian untuk ke Matrikulasi, UPU dan IPG yang merangkumi Asasi, Diploma, Sijil dan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan sama ada aliran akademik mahupun kemahiran di institusi pengajian yang ditanggung Kerajaan Malaysia.

Sebelum itu, sesi penerangan telah diadakan. Setiap remaja yang terlibat kemudian akan mengira markah merit mereka bagi disesuaikan dengan susunan permohonan yang bakal dibuat.

Selamat maju jaya kepada semua anak - anak yang telah menyempurnakan permohonan. Bagi yang belum menyempurnakan, masih ada masa lagi dan boleh berhubung dengan sekretariat #TeamG2.

#InsklusivitiPendidikan #BungaBangsa 

#20TahunSukarelawanPendidikan #UPU #SPM2022













Khamis, 23 Mac 2023

[1,222] Bengkel Pembinaan Sahsiah Murid Tahap 1 - SK Bukit Hampar

BENGKEL PEMBINAAN SAHSIAH MURID TAHAP 1 SK BUKIT HAMPAR

SEGAMAT, 20 Mac - Sesi persekolahan 2023 / 2024 dibuka dengan #TeamG2 melaksanakan Bengkel Pembinaan Sahsiah Murid Tahap 1 di SK Bukit Hampar, Segamat.

Ia melibatkan seramai 87 orang murid Tahun 2 dan 3.

Seramai 13 orang fasilitator telah berkhidmat untuk program yang mengandungi 3 modul tersebut. Fasilitator adalah gabungan aktivis sukarelawan pendidikan #TeamG2 yang merupakan graduan, pelajar Sarjana, pelajar Sarjana Muda dan lepasan SPM.

Program bagi membina momentum dan karektor positif di kalangan murid untuk mereka bersedia dengan semangat dalam sesi persekolahan kali ini.


Terima kasih Cikgu Samsul Kamar (Guru Besar), Cikgu Siti Yusnira (GPK HEM), Cikgu Norain (Guru Bimbingan dan Kaunseling) dan guru - guru di atas kepercayaan ini. Tahniah buat murid - murid yang telah menyertai.

Juga terima kasih kepada semua sukarelawan yang telah menyumbang bakti.

#TeamG2 #BungaBangsa #20TahunSukarelawanPendidikan #TerbangTinggi #TerbangTanpaBatas





















































































LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...