Jumaat, 23 Mac 2018

[309] Program Menggapai Pendidikan Ketiga 2018 - Lepasan SPM 2017


KHAMIS, 15 MAC 2017 - Program Menggapai Pendidikan Ketiga - Sistem UPU Online telah diadakan untuk lepasan #SPM2017 oleh Team Sukarelawan Pendidikan G2 dui Pusat Internet 1Malaysia Felda Pemanis Dua. Ia diadakan sejurus para pelajar selesai mengambil keputusan SPM pagi tersebut selama kira - kira 4 jam. 

Program dimulakan dengan Penyampaian Insentif Pelajar Cemerlang SPM 2017 untuk 9A, 8A, 6A dan 5A. Ia kemudian diikuti dengan sesi penerangan laluan selepas SPM. Ujian RIASEC Holland bagi menentukan minat juga diadakan sebelum para lepasan SPM ini menyemak syarat kelayakan memohon sesuatu kursus berasaskan keputusan SPM mereka.

Sesi mengisi borang UPU dengan pemantauan fasilitator diadakan agar setiap dari mereka membuat pilihan yang tepat dan tidak melakukan kesalahan dalam pengisian borang online.
.
Seramai 35 orang lepasan SPM 2017 telah mengikutinya dengan buat kali pertama G2 memberikan nombor pin UPU Percuma kepada batch kali ini.








































Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...