Jumaat, 3 April 2015

[143] Jelajah ARPRM Siri 2 : SMK Tenang Stesyen

Bagi mencapai sasaran mengembangkan Program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda, Persatuan Belia G2 Felda Pemanis sebagai Badan Operasi Bertauliah ARPRM telah meneruskan Jelajah ARPRM ke Sekolah dan Organisasi dengan melaksanakan Siri 2 bertempat di SMK Tenang Stesyen. 

Ia diadakan pada Rabu 1 April 2015. KIra - kira 100 orang pelajar telah diberikan taklimat berkenaan perlaksanaan program ARPRM. Juga diadakan Sesi Perkongsian Pengalaman dari peserta ARPRM di bawah seliaan G2. Terima kasih diucapkan kepada barisan pentadbir SMK Tenang Stesyen dan dua orang guru kaunseling yang membantu dalam menjayakan program ini. Ada dua lagi siri Jelajah ARPRM akan dilaksanakan oleh G2 tahun ini, menjadikan jumlah keseluruhannya 4 siri. 





Taklimat disampaikan oleh Mentor ARPRM Badan Operasi Persatuan Belia G2 Felda Pemanis. Manakala Sesi Perkongsian Pengalaman Peserta Tahap Emas pula disampaikan oleh Muhd Azhari Imran. Turut sama adalah Peserta Tahap Emas Sharifa Shazwani Zaini dan Peserta Tahap Gangsa Muhd Alif Raqib.

Terima kasih kepada kaunselor cikgu Mohd Rahziz Lokman.

Gambar - gambar penuh di sini : ARPRM SMK Tenang Stesyen

Berikut adalah dua klip video program :






Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...