Memaparkan catatan dengan label Anugerah Remaja Perdana. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Anugerah Remaja Perdana. Papar semua catatan

Jumaat, 6 Mac 2020

[447] Sesi Penerangan dan Perkongsian Pengalaman ARPRM di SMK Palong Timur


SESI PENERANGAN DAN PERKONGSIAN PENGALAMAN PROGRAM ARPRM
SMK Palong Timur | Ahad, 1 Mac 2020 | 11.00 pagi - 12.30 tengah hari
Sesi ini telah dihadiri oleh semua pelajar Tingkatan 3, 4 dan 5 SMK Palong Timur. Taklimat telah diberikan oleh Encik Maizatul Asrul Mohd Yunus (Pegawai Belia dan Sukan Daerah Segamat) dan Encik Armizam Abd Rahim (Ketua Mentor ARPRM G2).
Sesi Perkongsian Pengalaman pula disampaikan oleh Mohd Affif Haziq Malik (Emas 2019), Nuraliah Syamimi Abd Wahab (Emas 2019) dan Mohd Faiz Ahmad (bakal Emas 2020). Mereka bercerita sambil memaparkan gambar dan video perjalanan program ARPRM yang telah diikuti sejak peringkat Gangsa lagi.

























Para pelajar telah didedahkan dengan konsep Program ARPRM, bagaimana melaksanakannya, komponen terlibat, jenis aktiviti, perekodan dan faedah yang diperolehi.
Terima kasih Tuan Pengetua, Haji Muzaffar Shah Ghazali, guru - guru dan adik - adik pelajar.

Jumaat, 20 September 2019

[417] Saya Amat Selektif

Catatan Mizam Rahim, Mentor Program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda - The Duke of Edinburgh's International Award (ARPRM - DofE), sebagaimana dipetik di Facebook beliau pada tarikh hantaran 17 September 2019

Melaluinya pada dua Kerajaan yang berbeza, selama 15 tahun, tentulah saya mempunyai banyak perkara yang boleh saya ulas. Sementelahan ianya dilakukan secara sukarela, tanpa paksaan, tanpa peruntukan dana tetap sebaliknya perlu dicari sana - sini, ia menjadi sesuatu yang amat teruji.
Dahulu, saya terfikir bagaimana untuk mengangkat semua nilai ini pada aras yang bukan biasa - biasa. Mengangkat makna sukarelawan bukan sekadar pada aktiviti gotong - royong dan cat balai raya sahaja. Ataupun, mengangkat nilai Projek Penempatan bukan sekadar komunikasi dan aktiviti dengan orang kampung tetapi meliputi ekologi, biodiversiti, alam sekitar dan warisan sejarah. Banyak lagi yang saya fikirkan.
Dengan menyampaikan maksud dan tujuan itu kepada anak - anak muda FELDA Pemanis, maksud itu berjaya saya terjemahkan.
Seiringnya, sebahagian mereka berpeluang terbang jauh dari bumi Pemanis. Sebahagian yang lain, juga melonjak dari aras noob dahulu ke orbital yang lebih bertenaga.
Tahun ini ia menjadi sedikit tragik kepada beberapa Badan Operasi dan Mentor baharu, mahupun Mentor Kanan. Cerita bergolok gadai, mengemis dan mengikat perut adalah lumrah. Tanyalah pada mereka yang laksanakan di seluruh dunia, apa yang mereka dapat selaku Mentor atau Award Leader? Tidak mengharapkan apa - apa kerana mereka telah dipasak dengan falsafah pembangunan generasi muda yang holistik secara jalanan sebagai pelengkap kepada sistem formal sedia ada.
Ya, saya amat selektif. Sebab itu saya ambil masa sedekad (10 tahun) sebelum Emas pertama saya terhasil. Saya juga akan memeriksa satu per satu buku rekod, ayat demi ayat (dengan bantuan Mentor yang lain), cross - check setiap aktiviti yang tidak dilakukan di hadapan mata saya, memastikan semua evidens sempurna dan cukup baik sehinga tahap mock - interview dan presentation, malah baju dan kasut sekalipun yang mereka pakai ke majlis.
Saya tak kisah mereka yang hendak pergi tinggalkan projek setelah selesai Tahap Perak. Saya juga tak kisah mereka yang akan kembali semula selepas beberapa tahun untuk menyambung tahap. Falsafahnya mudah : Semua kerana kesukarelaan dan masa akan mematangkan mereka untuk kembali berfikir dan membuat keputusan.
Sijil ini cukup sebagai kenangan saya pernah bersama dan melaluinya. Untuk tahun ke 5 menghasilkan Emas, juga tahun ke 15 saya melaksanakan ARPRM.
Untuk semua lebih 600 orang yang pernah bersama saya, tidak ada kiriman yang lebih baik dari doa untuk mereka. Kerana mereka pernah menjadi sebahagian hidup saya dan saya tahu doa itu adalah sebaik - baik bekalan.

Khamis, 19 September 2019

[416] Bukan Cap Ayam dan Kita Perlu 'Resilience'

Catatan Mizam Rahim, Mentor Program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda - The Duke of Edinburgh's International Award (ARPRM - DofE), sebagaimana dipetik di Facebook beliau pada tarikh hantaran 12 September 2019

Apapun, saya mulai dengan Alhamdulillah. Tahun ke 15 dan Kohort Emas ke 5 di bawah saya selesai ditauliahkan Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda - The Duke of Edinburgh's International Award - Gold Standard. Tahniah buat Affif, ALiah, Suliyza, Asraf, Akim, Mirae dan Iman : Mereka memasuki Hall of Fame Emas ke 23 - 29 dalam senarai G2 selaku Badan Operasi. Terima kasih kepada semua Mentor, Jurulatih dan Panel Penilai Dalaman Badan Operasi yang mendedikasikan hidup untuk merealisasikan ini.
Lebih bermakna, tahun ini ia dihadiri dan disampaikan oleh Putera Edward, Earl of Wessex selaku Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah DofE yang berpangkalan di United Kingdom. Saya masih ingat, ketika 2004, tahun pertama saya memulakan ARPRM, saya dan peserta sulung Gangsa ARPRM saya hanya sekadar penambah orang di dalam salah satu majlis yang dihadiri oleh Putera Andrew, juga dari Kerabat DiRaja Britain. Juga konsert Tomok yang diboo dan dibaling telur.
Itu sebahagian anekdot 15 tahun lalu, zaman saya noob di dalam ARPRM, yang baharu sahaja lulus peperiksaan dan ditauliahkan sebagai Mentor oleh Dr. Wasitah yang mengendalikan sendiri kursus dan menutup sendiri program.
Ramai Mentor muda, juga pemegang Emas dari tauliah yang lepas mengadu pelbagai perkara tahun ini. Ya, sebagai pakcik yang tua di dalam ARPRM, saya mungkin menjadi sedikit cool dan strategik. Tidak seperti mereka, walau saya pernah melalui zaman seperti itu dengan dua tahun mogok ARPRM. Dik, ini hanya baru permulaan cerita, bukan pengakhiran apatah lagi klimaks. Banyak lagi jalan berliku yang akan ditempuhi.
Sama ada Kerajaan lama atau Kerajaan baharu yang ditukar oleh rakyat ini, ceritanya tetap sama. Hampir 4 tahun semua NGO yang menggerakkan ARPRM berdiri atas kaki sendiri. Tanpa sebarang dana Kerajaan, malah lebih sukar untuk mendapatkan bantuan Wakil Rakyat. Tetapi kami masih lagi mampu bergerak. Kita lahirkan di pentas anugerah seorang Emas hari ini, cerita prosesnya mengambil masa minima 3 tahun, biasanya melebihi 4 tahun. Dalam masa sepanjang proses itu, ada hukum, peraturan dan tatacara antarabangsa yang perlu diikuti. Ada projek yang perlu diselesaikan.
Saat 99% orang akan langgar semua hukum dan peraturan, adakah kita masih lagi mahu bersama? Atau kita tetap istiqamah dan mengikut buku? Di saat inilah kita diuji dengan perkataan integriti : Membuat perkara yang betul walaupun tiada siapa yang mengetahui atau berada bersama kita untuk menyemak.
Dengan itu, melahirkan seorang, mahupun satu kumpulan yang mendapat penarafan Emas amat berpegang kepada nilai integriti, selain dari semangat kesukarelaan yang superb. Anda bekerja untuk itu, dari seluruh pelusuk dunia ini, ribuan sukarelawan dewasa yang membantu pembangunan generasi muda, secara sukarela.
Maka, yang lahir dari sistem yang benar - benar teruji, dengan kekangan sumber dan akses, bukanlah sekadar cap ayam semata - mata.
Tahniah untuk semua penerima Emas ARPRM - DofE sesi 2019. Tahniah buat adik - adik Mentor muda saya dari seluruh negara : Ingat pesanan ini, ia baharu permulaan. Jatuh dan bangkit kembali. Orang putih kata 'Resilience' - the capacity to recover quickly from difficulties, toughness.
Kepada Allah, semua ini adalah kesyukuran kerana kita masih lagi mampu berdiri, berjalan dan berlari. Alhamdulillah.
ps 1 : Saya ambil masa lebih 24 jam untuk membuat posting ini kerana saya memahami euforia dan chaous yang melanda beberapa Badan Operasi, Mentor dan Penerima Anugerah. Anda hebat.
ps 2 : Saya dan Badan Operasi G2 hanya mempu lahirkan 7 orang sahaja. Maaf dan terima kasih kepada semua.
ARMIZAM ABD RAHIM
Pertama kali ditauliahkan Mentor pada tahun 2004
Pertama kali jadi Panel Penilai Emas Kebangsaan 2016

Selasa, 17 September 2019

[415] Bengkel Buku Rekod ARPRM Tahap Perak Sesi 2019

Sebagaimana yang dilaksanakan untuk peserta Tahap Gangsa, Bengkel Buku Rekod ARPRM - DofE Tahap Perak Sesi 2019 juga telah selesai disempurnakan sepanjang bulan Julai dan Ogos yang lepas. Mereka telah menyempurnakan kesemua tuntutan 4 aktiviti yang diwajibkan untuk menyelesaikan Tahap Perak Program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda - The Duke of Edinburgh's International Award (ARPRM - DofE).

Empat komponen wajib itu adalah Khidmat Masyarakat, Kemahiran, Rekreasi Fizikal dan Penjelajahan Lasak. Para peserta harus menyempurnakan kesemua empat komponen itu untuk minima 6 bulan dan 30 jam, kecuali Penjelajahan Lasak yang memerlukan masa 3 hari 2 malam.













Cabaran pada Tahap Perak mempunyai matlamat untuk melahirkan peserta ARPRM yang lebih matang dan mampu berkomunikasi dengan baik. Ia jua bagi melahirkan remaja yang holistik dalam segenap aspek, selain menimba pengalaman pembelajaran di luar lingkungan bilik darjah biasa.

Seramai 16 orang peserta ARPRM G2 telah selesai dan layak ditauliahkan iaitu :

1  MUHAMMAD FAKHRUL AIMAN BIN REZAL
2  AHMAD KHAIRIZAL BIN AHMAD ZAIADI
3  ZULALINA BINTI HYDIR
4  MUHAMMAD LUQMAN NUR HAKIM BIN NIZAN
5  NUR ALYA NABILAH BINTI MOHD FAIZAL
6  MUHAMMAD HAFFIZI BIN ZAINI
7  MUHAMMAD MU’IZZ BIN ROSDI
8  MUHAMMAD AKRAM BIN SAPURI
9  MUHAMAD ZULFAHMI BIN MOHD ZAIN
10 MOHAMAD SYAZRUL ALIF BIN AYUB
11 MOHAMMAD ANEES BIN MOHD ASSRI
12 NURAZWANIZAH BINTI ABDUL AZIM
13 AKHMAL HAFIZI BIN DULAH
14 MUHAMAD FAHMI BIN HADI
15 NURIN SYAZWINA BINTI RAZAK
16 MOHAMAD KHAIRUL IZUAN BIN ABD AZIZ







Apabila sijil diperolehi dan majlis pentauliahan dilaksanakan, kesemua peserta ini akan didaftarkan untuk melaksanakan cabaran pada Tahap Emas yang akan mengambil masa minima setahun (12 bulan) untuk diselesaikan. Kebiasaannya, cabaran pada Tahap Emas akan berlangsung selama 13 - 15 bulan bagi setiap orang peserta.





























G2 mengucapkan sayabas dan tahniah kepada semua peserta ARPRM di bawah Badan Operasi Persatuan Belia G2 Felda Pemanis yang telah berjaya menyempurnakan cabaran aktiviti dan perekodan pada Tahap Gangsa. Semoga semua dapat meneruskan ke peringkat Emas dan menyelesaikan keseluruhan perjalanan ARPRM ini.

#ARPRM
#DofE #DoE
#WorldReady
#BungaBangsa


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...