Rabu, 12 Disember 2018

[359] TownHall Anak Muda Johor

SABTU, 8 DISEMBER 2018
Lebih kurang 500 orang anak muda Johor hari ini mengikuti program TownHall Anak Muda Johor anjuran Institut Integriti Kepimpinan dan Latihan Semangat Dato' Onn (IKLAS) dan Pusat Pembangunan Belia Negeri Johor (JOYDEC). Ia diadakan di Yayasan Warisan Johor, Johor Bahru dan dihadiri YB Exco Belia, Sukan dan Kebudayaan Negeri Johor.

TownHall ini melibatkan remaja dari NGO, Persatuan dan IPT dalam negeri Johor.
Daerah Segamat menghantar 82 orang wakil (dua bas) dari seluruh pelusuk Segamat diselaraskan oleh Persatuan Belia G2 Felda Pemanis. Terima kasih anak - anak muda Segamat dari Palong Timur, Buloh Kasap, Batu Anam, Kg Jawa, Gemereh, Jementah, Felda Moakil dan tentunya Felda Pemanis sendiri.








 





















LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...