Selasa, 30 Jun 2020

[504] Ramah Mesra Bersama Pengarah dan Penyampaian Surat Tawaran Felo Perdana 2020

Ahad, 28 Jun 2020 - "Gunakan peluang keemasaan semasa menjadi Felo Perdana, sentiasa cepat belajar, jaga integriti dan akauntabiliti, " itulah antara amanat dan pesanan yang disampaikan oleh Pengarah, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor, Tuan Shamsuhaime Basir semasa menyampaikan surat tawaran program Felo Perdana 2020 kepada Hairul Asraf Abas di Pejabat Belia dan Sukan Daerah Segamat.
Hairul, 21 tahun, mahasiswa Sarjana Muda Pengurusan (Pengajian Polisi) Universiti Malaysia Terengganu adalah penerima ARPRM Tahap Emas dari Persatuan Belia G2 Felda Pemanis.




Tuan Pengarah juga menitipkan pesanan agar sentiasa berusaha menjadi lebih baik, mengukuhkan rangkaian sekeliling dan mengambil iktibar dari perkara yang berlaku.
Turut bersama di dalam penyampaian surat tawaran tersebut adalah Encik Maizatul Asrul Mohd Yunus, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Segamat.









Penyampaian surat tawaran ini adalah bersempena lawatan Pengarah ke Pejabat Belia dan Sukan Daerah Segamat.
Pengarah juga sempat beramah mesra, menyampaikan nasihat, amanat dan pesanan kepada #TeamG2 menjurus pembangunan generasi muda. Terima kasih diucapkan kepada Tuan Pengarah. G2 turut menyampaikan cenderahati baju edisi 2020 sebagai tanda penghargaan kepada Pengarah dan Pegawai Belia dan Sukan Daerah Segamat.
Program Felo Perdana Kohort 2020 akan bermula pada 5 Julai ini dengan sesi orientasi di Pusat Belia Antarabangsa. YAB Perdana Menteri akan menyerahkan barisan felo kepada Menteri Kabinet pada 8 Julai di Dewan Taklimat ICU, Jabatan Perdana Menteri.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...