Selasa, 26 Januari 2021

[642] Faiz, #Emas30 ARPRM #TeamG2 Ditauliahkan

 SEGAMAT, 25 Januari - Mohd Faiz Ahmad dari Badan Operasi Persatuan Belia G2 Felda Pemanis hari ini secara sah telah ditauliahkan sebagai penerima Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda Tahap Emas - The Duke of Edinburgh’s Award Gold Standard hari ini. Tidak seperti tahun - tahun lepas, pentauliahan norma baharu suasana COVID - 19 ini tidak dimajliskan.

Secara ringkas, Encik Maizatul Asrul Mohd Yunus, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Segamat telah menyampaikan sijil - sijil dan pin Emas di Pejabat Belia dan Sukan Daerah Segamat. Dua sijil diterima iaitu yang ditandatangani oleh His Royal Highness Prince Philip, The Duke of Edinburgh dari London dan Datuk Dr Hajah Wasitah Haji Mohd Yusof, Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara.

Turut bersama dalam penyampaian tersebut adalah adalah Encik Hayadde, Penolong Pegawai Belia dan Sukan dan Encik Armizam Abd Rahim, Mentor program.




Faiz, 24 tahun, melengkapkan perjalanan yang panjang selama 6 tahun untuk melengkapkan ARPRM bermula dari tahap Gangsa. Beliau adalah  penerima Emas tunggal sesi 2020 dan Emas ke 30 dari #TeamG2. Mentor beliau adalah Encik Armizam Abd Rahim dan Encik Azizi Abd Rahim. Beliau juga dibantu oleh Jurulatih, Yang Mulia Tengku Sulaiman.

Penarafan Emas ini amat bermakna untuk Faiz, seorang aktivis sukarelawan pendidikan yang menjadi Pengurus Projek untuk beberapa program. Antara yang meninggalkan kesan adalah apabila beliau menguruskan Projek Sukarelawan Pendidikan selama hampir 6 bulan untuk dua buah sekolah di bawah Impact Malaysia.
























Sebagai graduan Kelas Pertama tajaan JCorp dari UNITEN, beliau juga menggunakan semua ilmu dan kemahiran yang ada untuk komuniti. Beliau melaksanakan Program Rakan Muda Inovasi, pendawaian elektrik untuk mangsa bencana banjir, mengajar Sains, Matematik dan Matematik Tambahan, menyelesaikan kerja - kerja belakang tabir Persatuan terutama berkaitan ICT dan teknikal, Misi Jaringan Perlindungan Sosial - Kebajikan Komuniti Lentera Kasih, outreach Projek Pencegahan COVID - 19, kerja lapangan di Zoo Negara, Penjelajahan Lasak di Gunung Arong, Mersing dan meneroka idea - idea baharu dalam memastikan relevensi program #TeamG2 bersama pemegang Emas yang lain.

Seluruh warga Persatuan Belia G2 Felda Pemanis mengucapkan Tahniah di atas penarafan Emas kepada Mohd Faiz ini. Lebih bermakna, ini adalah sijil Emas pertama yang ditandatangani oleh Datuk Dr. Wasitah sebgaai KP JBSN, orang yang membawa dan melahirkan ARPRM di Malaysia.

Moga terus cemerlang Faiz.

#ARPRM #DofE #DoE #GoldAward #Emas30

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...